Written by Bella | April 24th, 2017

Tindakan pelakon Sara Ali yang membuka tudungnya hanya selepas sepuluh bulan menutup aurat mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Semuanya kerana pengakuan Sara yang mengatakan beliau berhijab sebelum ini atas paksaan.

Agak teruk juga komen yang beliau terima sehingga ada yang menuduh beliau adalah sebahagian daripada ahli iluminati.  Namun, Sara menegaskan beliau tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Saya enggan hidup berpura-pura lagi, sebab itu saya buat pendedahan sendiri. Macam yang saya cakap, saya nak jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung. Saya terima dengan dada yang terbuka apabila teruk dihentam kerana tahu kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Apa yang penting, saya tidak menunggang agama untuk kepentingan diri. Isu pemakaian tudung dan buka tudung ini dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Sara berharap isu hangat ini akan segera berlalu kerana beliau tidak mahu mengenangkan lagi apa yang berlaku dan ingin terus memandang ke depan.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Written by Bella | April 11th, 2017

Susulan tersebarnya foto beliau tidak memakai tudung ketika bercuti di China baru-baru ini, pelakon Sara Ali akhirnya tampil mengakui bahawa beliau sudah buka tudung dan menjelaskan beliau mengambil keputusan berkenaan kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

Dalam penjelasan khas yang dibuat menerusi FB Live itu, Sara memberitahu tindakan beliau yang menutup aurat sejak tahun lalu bukanlah atas kerelaan ataupun keihklasan hatinya sendiri. Namun, beliau memaksa dirinya untuk berubah kerana individu dan sebab tertentu.

Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir dan tidak mahu menyembunyikan hal ini. Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan.

 

Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini? Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan).

Sara juga memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan berita ini dan beliau juga sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan ataupun kecaman daripada masyarakat.

Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu. Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

Ermm, mungkin ramai yang kecewa dengan Sara kerana sebelum ini beliau memberitahu sudah mendapat hidayah Allah SWT untuk menutup aurat tanpa sebarang paksaan. Walaubagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mungkin boleh di ubah kembali. Janganlanh terlalu mengecam Sara dan berdoa agar satu hari nanti pintu hati Sara akan terbuka dengan ikhlas untuk kembali menutup aurat dan supaya perubahannya itu kekal.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : FB Sara Ali