February 22nd, 2016

Semalam, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mengadakan majlis resepsi terakhir perkahwinan mereka khas buat peminat dan rakan-rakan lain, bertempat di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam dengan tema Inggeris.

Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dan dihadiri lebih 8,000 tetamu. Sam dan Syatilla mula masuk ke dewan sekitar jam 3.05 petang semalam

Kini majlis perkahwinan mereka sudah selesai dan Sam menerusi portal BH ONLINE berkata beliau ingin meluangkan masa dan memberikan lebih perhatian kepada Syatilla. Pasangan ini juga merencana  untuk berbulan madu di Pulau Maldives.

Sepanjang bercinta, kami jarang dapat melakukan aktiviti bersama seperti pasangan kekasih lain. Kami juga tidak pernah keluar berdua, walaupun hanya untuk menonton wayang. Selepas ini, saya akan cuba memenuhi dan melayani setiap permintaan Tilla.

Saya juga akan luangkan masa dengan berjalan-jalan di lokasi menarik untuk berbulan madu. Ketika ini, kami masih belum memutuskan lokasi kerana sibuk menguruskan majlis persandingan. Insya-Allah, jika tiada aral saya akan memenuhi hasrat isteri yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives.

Alhamdullilah segala perancangan perkahwinan Sam dan Syatilla berjalan lancar. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata.

Jom kita layan beberapa foto sekitar majlis resepsi terakhir mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

February 15th, 2016

Sah bergelar suami dan isteri pada 8 Februari lepas, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin  telah mengadakan majlis resepsi kedua bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur

Tampak sedondon mengenakan busana warna putih ala putera dan puteri raja Inggeris dengan iringan bagpipes.Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan juga rakan-rakan artis.

Majlis mereka juga diserikan lagi dengan persembahan khas daripada Datuk Siti Nurhaliza.

Sam dan Syatilla akan mengadakan satu lagi majlis resepsi khas buat  peminat mereka di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam pada 20 Februari depan.

Buat peminat Sam dan Syatilla berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi kedua mereka dengan  membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram TV9 Malaysia


February 10th, 2016

Sekitar tahun lepas, gosip percintaan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mula hangat diperkatakan, namun rupa-rupanya mereka sudah berkenalan selama 6 tahun sebelum bergelar suami isteri pada hari Isnin lepas.

Dan sepanjang 6 tahun perkenalan, Sam tidak pernah lupa meraikan hari jadi Syatilla dan tahun ini penuh dengan kejutan selepas prank Sam pengsan selepas bernikah.

Untuk itu Syatilla telah memuat naik ucapan terima kasih di akaun Instagram miliknya yang ditujukan khas buat suami tercinta beliau.

Allah maha besar lagi maha mengetahui..alhamdulillah bukan senang….Nayamku,thank u untuk 6tahun yg lepas 2010 sampai 2016 awak ada dengan saya utk sambut birthday saya setiap tahun (nasib baik saya snap picture every year) p/s:pedulikan anasir2 luar yg masuk dan merosakkan

Awak,thank u sebab awak jadikan 8 februari2016 penuh sejarah dan bermakna dalam hidup saya,awak dan kita,insyaallah sampai bila2 tak mungkin saya dapat lupa.

Saya  tak pandai nak susun ayat lagi,awak tahu apa yang saya tahu apa yang kita rasa.TERIMA KASIH SAYANG,I LOVE U SUAMI SAYA @shaheizy_sam

Amboi bukan main sweet lagi ucapan Syatilla buat Sam.Kami harap anda berdua akan kekal mencintai dan berkasih sayang macam ini sehingga ke akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: Instagram Syatilla Melvin

February 10th, 2016

Semalam pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah.

Tidak dapat dinafikan, perkahwinan pasangan ini antara yang menjadi perhatian ramai pihak awal tahun 2016 ini. Ada yang melabelkan ia Wedding Of The Year lebih-lebih lagi selepas Sam sebelum ini mendedahkan menerima tajaan perkahwinan sehingga RM 25 juta.

Mengenakan busana warna putih rekaan Arma Couture, Syatilla nampak anggun sekali. Namun, beberapa pihak mengatakan turban yang digunakan Syatilla untuk menutup bahagian rambutnya nampak agak tidak kena  dengan beliau sehingga membuatkan Sam kelihatan sedikit rendah.

Bahkan, turban itu menampakkan sedikit rambut Syatilla yang merupakan auratnya sebagai seorang yang berhijab.

Berikut antara komen netizen mengenai turban tersebut :-

Pada pendapat kami kemungkinan juga Syatilla terpaksa berbuat demikian kerana mengikut kehendak pihak penaja. Siapa tahu ada penaja anting-anting ke? Fikir positif..Apa pula pendapat anda?