November 11th, 2011

Samsung memang hebat. Abang Nara mati-mati ingatkan Samsung Galaxy S II dah cukup hebat, tup-tup Samsung keluarkan Samsung Galaxy Note yang lebih menggiurkan. Serius rasa teruja dan terasa nak pergi angkat hari ini jugak. Memang nampak lazat!!!

samsung galaxy note

Menarik kan? Bagi Abang Nara, apa yang membuatkan Samsung Galaxy Note ini lain daripada yang lain ialah S Pen. Awesome gila dooo S Pen nie. Cuba tengok video di bawah.

Bila tengok spefikasi Samsung Galaxy Note, terus rasa nak keluarkan duit kat bank dan pergi beli lepas sembahyang Jumaat nanti. Teruja gila kot ~~~

samsung galaxy note

Paling penting, skrin Samsung Galaxy Note nie 5.3 inci. Besar dan sangat sesuai untuk orang yang rabun macam Abang Nara. Dan menariknya, walaupun skrin besar, Samsung Galaxy Note tetap boleh dimasukkan ke dalam poket anda untuk dibawa ke mana-mana.

Mantap kan? Abang Nara tau korang pun tengah teruja macam Abang Nara. Kalau terasa nak mengujakan diri anda lagi, sila lah ushar laman web rasmi Samsung Galaxy Note. Jangan salahkan Abang Nara kalau korang terbeli Samsung Galaxy Note hari ini jugak.