August 31st, 2009

merdeka

Untuk semua pembaca BeautifulNara, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 52. Semoga merdeka kali ini lebih bermakna daripada merdeka yang sebelumnya. Semoga negara kita akan lebih maju dan selamat di masa hadapan. Yang penting, semoga virus H1N1 akan berjaya dikekang sebelum merebak makin teruk.

Untuk para artis Malaysia, selamat Merdeka jugak. Jangan pergi celebrate kat kelab-kelab atau parti pulak. Duduk rumah sudah la. Tapi kalau korang nak gi gak celebrate kat parti-parti, kelab-kelab dan sebagainya, janganlah marah pulak kalau tetiba gambar terlampau korang keluar kat BeautifulNara. Bukan salah kami tak sound awal-awal. Hehehe.

Dan untuk pembaca yang masih berjuang dalam menjadi pemenang pertandingan pengkomen terbanyak, hari ini adalah hari terakhir komen anda dikira untuk pertandingan tersebut. Jadi berusahalah sebaik mungkin. Tapi kalau boleh lepas pertandingan nie pun harap still maintain komen jugaklah. Jangan terus senyap sepi jer.

Merdeka, merdeka, merdeka!!!