October 5th, 2016

Penyanyi yang popular dengan lagu Satu Dua Kau pada era 80-an, Salwa Abdul Rahman mengesahkan beliau sudah mula berhijab sepenuhnya pada 4 Oktober lali.

Menurut Salwa, beliau mula mempunyai niat untuk berhijrah selepas satu hari ternampak kalimah Allah terbentuk di langit.

Dua tahun lalu Kak Wa terlihat kalimah Allah di langit ketika hantar anak ke sekolah.  Suami Kak Wa dengan anak-anak pun nampak.  Sempat Kak Wa rakamkan cuma Kak Wa tak upload sahaja video tu.  Tak mahu nanti orang kata Kak Wa macam-macam.

Kak Wa menangis dan pelbagai perasaan timbul bila lihat kalimah tersebut.   Balik rumah, Kak Wa solat hajat, solat taubat, menangis sahaja.  Dalam fikiran mungkin ada sesuatu Tuhan nak tunjukkan pada aku.  Tapi Kak Wa belum bersedia, belum kuat lagi, namun rasa sangat bersalah.

Selepas itu, Kak Wa ada tanya pada orang-orang sekeliling, kawan-kawan,  katanya memang Tuhan nak tunjukkan sesuatu kepada kita.  Mungkin supaya kita tingkatkan amal ibadat dahulu sebelum berhijab.  Dalam masa yang sama Kak Wa selalu berdoa supaya diberi kekuatan dan seruan untuk cepat berhijab.

Seminggu sebelum beliau berhijab sepenuhnya, Salwa sudah mula menunjukkan perubahan positif, belia selalu sahaja ingin berpuasa dan tidak lagi meninggalkan solat.  Bermula daripada itu, beliau terlintas dalam hati bahawa sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah ke arah lebih baik.

Kemudian bila kawan baik, Rohana Jalil pergi Mekah, Den Wahab dengan isteri dia pun pergi Mekah, Kak Wa cuma minta mereka doakan supaya Kak Wa menerima seruan dan kekuatan hati untuk segera berhijab.  Memang Kak Wa suka nampak rambut cantik tapi terfikir lagi cantik depan orang, tak cantik depan Allah.

Alhamdulilah, berkat doa-doa sahabat di Mekah, akhirnya pada hari lahir suami dan anak Kak Wa pada 4 Oktober lalu, Kak Wa memberi hadiah kepada mereka dengan mengatakan yang Kak Wa akan bertudung. Sayu sangat suasana ketika itu.  Alhamdulilah kini Kak Wa benar-benar yakin, benar-benar sudah bersedia dan lebih tenang.

Alhamdullilah, akhirnya Salwa Abdul Rahman sudah diberikan hidayah untuk berubah menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Kami doakan perubahan Salwa ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Media Hiburan