December 26th, 2018

Tidak tahan terus dihimpit kontroversi dan dikecam netizen selepas nama lelakinya terdedah, usahawan Nur Sajat akhirnya membuat keputusan untuk membawa diri ke luar negara.

Menerusi akaun Instagramnya, Sajat memberitahu beliau meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajarannya. Sudah tidak mampu untuk menerima lagi segala tomahan yang dilemparkan. Harapnya selepas melanjutkan pelajaran, pemikiran beliau akan lebih terbuka.

Seperti biasa, ada yang meninggalkan komen agak ‘kejam’ dengan mengharapkan Sajat tidak perlu lagi balik ke tanah air.

Namun, ada juga netizen yang berharap agar satu hari nanti Sajat akan diberikan hidayah untuk berubah.  Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat beliau.

December 24th, 2018

Selepas tidak berpuas hati dengan pihak media menyebut nama lelakinya ketika melaporkan berita, usahawan Nur Sajat sekali lagi ‘mengamuk’ dan melabelkan ‘haters’ di Malaysia ini gila kerana terlalu ingin mengetahui jantina beliau yang sebenar.

Luahan itu dimuat naik ke akaun Instagramnya dengan kapsyen, mungkin ramai yang cemburu dengan kecantikannya.

Terdahulu, nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mula didedahkan pihak mahkamah ketika ushawan itu menghadapi pertuduhan gagal membayar cukai GST. Kecoh namanya menjadi kritikan, Sajat menuduh wartawan sengaja putar belit dan menyampaikan informasi yang tidak benar

Sajat juga memberitahu nama penuhnya dalam kad pengenalan tidak mempunyai awalan Muhammad.

December 20th, 2018

Isu tentang status jantina usahawan yang dikenali sebagai Nur Sajat sudah lama menjadi tanda-tanya.

Namun,  segalanya sudah terbongkar saat Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST. Nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman jelas terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Sejak daripada pendedahan itu, setiap laporan akhbar dan berita di kaca tv akan menyebut nama sebenarnya ketika menyampaikan berita serta informasi berkaitan kes beliau di mahkamah semalam.

Menerusi akaun Instagramnya, Sajat meluahkan rasa tidak puas hati mengapa nama lelakinya itu harus disebut-sebut. Kata Sajat, itu semua hanya fitnah dan wartawan sengaja memutarbelitkan isu.

Agak bengang dengan kenyataan Sajat yang menghina profesion kewartawanan, seorang wartawan yang bertugas membuat liputan kes Sajat tampil mendedahkan situasi sebenar.

Menurutnya, sudah menjadi tugas utama wartawan untuk melaporkan kebenaran meskipun pembantu peribadi Sajat menelefon dan merayu-rayu supaya tidak menggunakan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam mana-mana berita.

Rata-rata netizen juga sudah mula “naik menyampah” dengan Sajat yang masih menafikan status jantinanya itu.

Sudah terang lagi bersuluh, takkan pula pihak mahkamah ingin menipu? Harapnya satu hari nanti Sajat akan berubah.

Kredit Video : Buletin TV3

December 20th, 2018

Semalam usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat ataupun nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzaman telah didakwa di mahkamah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ketika pertuduhan ingin dibacakan, Sajat  gagal untuk mengemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Alasan yang diberikan ialah beliau baru sahaja pulang dari luar negara.

Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara.

Bagaimanapun prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah. Sajat yang dituduh bawah Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan mengaku bersalah gagal mengemukakan penyata GST empat tahun lalu.

Prosiding pendakwaan Sajat dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.

Pendedahan nama lelaki Sajat oleh pihak mahkamah mendapat perhatian netizen kerana sebelum ini beliau sebelum ini bersungguh-sungguh mengakui dirinya seorang wanita tulen.

Sumber Berita : Sinar Harian

Kredit Foto : Utusan Online