January 4th, 2017

Nama pelakon dan pengarah Rusdi Ramli tidak perlu lagi diperkenalkan, beliau sudah membintangi banyak drama, filem dan telemovie. Rusdi sudah cukup berpengalaman dalam bidang lakonan.

Melihat kepada lambakkan pelakon baru kini, Rusdi menerusi portal Harian Metro meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang hanya mementingkan soal bayaran tetapi kualiti kerja mereka agak mengecewakan. Rusdi memberitahu, ada pelakon baru yang menetapkan bayaran sehingga RM 15,000 bagi satu telefilem sahaja.

Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan.

Pada masa yang sama, Rusdi juga merasa pelik dengan sikap pihak produksi yang lebih memetingkan jumlah pengikut artis dilaman sosial untuk ditawarkan berlakon. Buat Rusdi, jumlah pengikut itu tidak membantu seseorang artis itu mempunyai kualiti kerja yang bagus.

Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata. Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan.

Sekarang seseorang artis itu dikatakan popular berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial. Buat sesetengah pihak lebih banyak pengikut artis itu maka lebih banyak yang akan menonton drama lakonan artis berkenaan. Tak gitu?

Sumber Berita : Harian Metro

September 4th, 2013

Wow. Tak sangka kontroversi yang menghimpit filem Tanda Putera ini sehingga ke tahap membahayakan pengarahnya, Shuhaimi Baba. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan mentaliti rakyat negara kita. Kalau filem orang putih tak masuk akal dan tak ikut fakta pun disanjung tinggi, kalau filem sendiri dihina dan dicerca bermati-matian.

filem tanda putera

Hati mana yang tak takut apabila diugut bunuh hanya kerana sebuah filem. Diharap Datin Paduka Shuhaimi Baba tabah dengan dugaan ini. Kata Shuhaimi Baba:-

Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatlkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini. Ada juga mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?

Saya hanya pembikin filem, kenapa beri reaksi melampau? Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan poli kerana yakin orang sebegini hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera.

tanda putera

Agaknya inilah sebab filem-filem tempatan tak boleh nak maju. Asyik-asyik cerita hantu, rempit dan gangster. Bila orang nak buat filem yang unik sedikit, habis dikecam sampai ugut bunuh. Nampak gayanya mentaliti rakyat kita perlu ditukar kalau mahukan filem yang lebih hebat. Apa kata anda?

P.S: Gambar rasmi BMW 2014 i8

April 15th, 2013

Nampaknya kontroversi babak intim antara Rusdi Ramli dan Nora Danish di dalam filem Mencari Cinta masih lagi menjadi topik hangat dunia hiburan. Yang pasti, ramai yang terkejut dengan aksi berani yang dipamerkan oleh kedua-dua pelakon ini. Malah ada yang menyatakan mereka berdua tidak berbaju ketika melakonkan adegan tersebut.

nora danish mencari cinta

Namun Nora Danish menerusi Metro Ahad semalam memberitahu yang dia tidak merasakan ada babak melampaui batas selepas menonton filem tersebut. Kata Nora Danish:-

Selepas menonton filem itu, saya tidak nampak di mana babak menunjukkan apa yang kami lakukan melampaui batas. Yang saya lihat, pengarah mahu ketengahkan cara berkasih sayang selepas berkahwin. Untuk menonjolkan perkara itu, ia diterjemahkan menerusi bahasa tubuh.

nora danish
Malah Nora Danish menafikan spekulasi yang dia tidak berbaju ketika membuat rakaman babak tersebut. Kata Nora lagi:-

Apa jua tanggapan yang dibuat, ia tidak pernah berlaku dan semuanya dilaksanakan dengan menggunakan teknik kesan khas dan gerak badan. Apa yang dipaparkan sesuai dengan jalan cerita. Sebagai pelakon, tentu saya juga memikirkan sensitiviti penonton. Andai apa yang diminta pengarah untuk kami lakukan itu saya rasa tidak masuk akal atau keterlaluan, tentu saya akan menolak.

nora danish
Dengar khabarnya, Rusdi Ramli ini turut kecewa kerana isu ini diberikan fokus untuk publisiti filem ini. Dilaporkan yang Rusdi Ramli tidak hadir ketika majlis pra tonton filem Mencari Cinta kerana kekecewaan tersebut. Semoga selepas ini mana-mana pelakon akan membuat timbang tara sebelum melakonkan adegan sebegini.

March 27th, 2013

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***