December 7th, 2015

Sudah tiga tahun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai mendirikan rumah tangga dan tampak bahagia bersama dengan dua orang cahaya mata yang cukup comel. Namun,  kehidupan berumah tangga ibarat air laut yang tidak selalu tenang dan akan berombak.

Baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai goyah selepas aktres itu dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di Kuala Lumpur.

Malah beberapa sumber turut mengaitkan nama bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dalam permasalahan mereka dan menuduh beliau sebagai batu api sehingga menimbulkan konflik yang menggugat perkahwinan Fasha.

Sejak gosip ini tersebar, pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai yang menginginkan kepastian ataupun jawapan daripada Fasha sendiri mengenai perkara berkenaan. Walaubagaimanapun,  Fasha menjelaskan buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen lanjut kepada umum mengenai rumah tangganya.

Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.

Mengiyakan lagi gosip berkenaan ialah apabila Fasha memuat naik status yang menggambarkan beliau sedang diuji dengan dugaan yang hebat dan bermohon kepada Allah SWT untuk memberikan beliau dan anak-anak kekuatan untuk mengharungi masalah yang beliau hadapi.

Bismillahirahmanirahim.  Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak2 untuk mengharungi segala galanya.  Amin YRA.

Hati seseorang itu mampu menyimpan seribu satu rasa, meskipun tidak mengenali Fasha Sandha secara peribadi, kami rasa beliau memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu yang agak baik. Boleh kata beliau selalu memberikan sokongan buat Jejai dan boleh menerima Rayqal juga dengan baik. Harapnya apa sahaja masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita: Harian Metro