April 5th, 2016

Sekali pandang wajah aktres Ruhainies tentu anda akan sangka beliau adalah Nora Danish. Malah, sejak dari bangku sekolah lagi beliau sudah disamakan dengan Nora.

Namun, buat Ruhainies pujian tersebut agak tinggi buat pendatang baharu sepertinya.

Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi.

Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya.

Saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini.

Meskipun sering disamakan dengan Nora, Ruhainies sama sekali tidak mahu menggunakan kesempatan itu untuk menumpang populariti aktres wanita berkenaan.

Cukup bertuah sebenarnya jika seseorang artis baharu mendapat nama hanya kerana wajah mirip dengan artis popular lain. Namun, sampai bila mereka mampu kekal dalam industri dengan menumpang populariti orang lain? Kami puji sikap Ruhainies yang tidak memanfaatkan keadaan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement