Written by Bella | December 10th, 2018

Dalam mencari pasangan hidup, pastinya seorang wanita mahukan seorang lelaki yang mempunyai hati yang ikhlas serta pegangan agama yang kuat. Pelakon Ruhainies mengakui doanya sudah termakbul dan merasa sangat bertuah bertemu jodoh dengan kekasihnya Mr E.

Hatinya mula terbuka menerima cinta dan kasih sayang Mr E saat kekasihnya itu membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit.

Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan.

Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E  apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog, Secawan Kopi, yang menjelajah beberapa kota di Indonesia, baru-baru ini.

Bukan harta dan kekayaan yang dikejar oleh Ruhainies dan beliau agak terluka apabila sesetengah netizen mendakwa beliau perempuan mata duitan.

Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh .Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya tahu membuat spekulasi. Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E.

Bertuah betul Ruhainies dapat buah hati yang penyayang dan boleh dikatakan mempunyai pakej  ‘husband material’.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | November 18th, 2018

Pelakon Azrel Ismail dan Ruhainies pada satu ketika memang sangat rapat, namun kedua-duanya tidak pernah mengakui mereka sedang hangat bercinta dan lebih selesa melabelkan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra.

Selepas Ruhainies memuat naik video dilamar kekasihnya di Itali, Azrel akhirnya memberitahu mereka pernah bercinta dan terkilan hubungan mereka putus di tengah jalan.

Mungkin saya tidak kaya seperti bakal suaminya dan saya tidak kecewa, cuma sedikit terkilan apabila hubungan kami berakhir. Saya memang selesa ketika berkawan rapat dengannya sejak kami berlakon sama dalam drama Menantu Ting Tong, dua tahun lalu. Namun, saya melihat ada yang tidak kena dalam hubungan kami dan terpaksa akur kami tiada jodoh.

Walaubagaimanapun, Azrel tetap mendoakan kebahagiaan Ruhainies dan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Malah, aktor itu juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon dengan bekas kekasihnya itu.

Sumber Berita : Harian Metro