October 27th, 2017

Baru-baru ini peminat Rozita Che Wan ataupun Che Ta dikejutkan dengan khabar angin mengatakan aktres jelita itu sedang hamil anak kedua bersama suami tercinta, Zain Saidin. Walaubagaimanapun, Che Ta sendiri telah tampil menafikan berita tersebut dan berkemungkinan kelihatan berisi sedikit kerana berat badannya bertambah.

Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga.

Umum mengetahui Che Ta sebelum ini pernah memberitahu beliau belum bersedia untuk menambah bilangan anaknya meskipun Zain berusaha memujuknya untuk hamil lagi. Nampaknya kecewalah peminat Che Ta yang sudah teringin benar melihat anak kedua beliau bersama Zain.

Sumber Berita : Harian Metro

October 24th, 2017

Pagi tadi ramai yang cukup teruja mendengar khabar angin bahawa Rozita Che Wan sedang hamil anak kedua bersama Zain Saidin apabila jurugambar Annas Easkey menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat adik Aaisyah dalam kapsyen  di Instagramnya.

Tidak mahu spekulasi terus timbul, pengurus Che Ta, Afeeq Abd. Wahab menafikan artisnya itu kini berbadan dua. Menurut Afiq, perbualan Che Ta dan jurugambar tersebut juga hanya sekadar gurauan.

Tidak benar Che Ta mengandung dua bulan, dia dan Annas hanya bergurau sahaja. Sebenarnya mereka bercakap mengenai produk  kesihatan Jus Goyang yang dipromosikan Che Ta.

Buat masa ini, Che Ta sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubunga isu kehamilannya ini. Kami rasa ramai peminat mahu perkara ini disahkan sendiri oleh beliau bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

February 23rd, 2017

Bukan mudah sebenarnya untuk Rozita Che Wan bergelar anak seni dan terus mempunyai kehidupan mewah seperti yang anda lihat sekarang.

Ketika zaman susahnya, Che Ta akui beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji RM4000. Mungkin pada anda nilai RM4000 itu agak besar tetapi ia tidak cukup untuk Che Ta yang pada waktu itu seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak lelaki yang masih kecil. Tentu sekali, perbelanjaan mereka sekeluarga agak tinggi.

Merasakan gaji yang diterima tidak mencukupi, Che Ta kemudiannya berhenti kerja dan memberanikan diri untuk bergelar pelakon. Setiap apa yang dilakukan beliau adalah demi keselesaan anak-anaknya.

Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil. Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.

Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon.  Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi. Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa.

Kalau tidak berani mengambil risiko untuk mengubah kehidupan kita, maka kita akan berada di takuk yang sama sahaja. Kata orang, kalau hendak hidup senang kita perlu berusaha dan jangan mudah putus asa.

Sumber Berita : Astro Gempak