February 12th, 2015

Tergelak sakan Abang Nara apabila membaca kata-kata daripada Ayda Jebat ini. Mana taknya, akibat naik 2 kilogram, ramai yang menegur wajah pelakon jelita itu kini seumpama Rosnah Mat Aris. Perkara ini menjadi kecoh apabila di dalam salah satu babak lakonan Ayda, memang mukanya nampak gemuk semacam. Sekali pandang, memang boleh tersilap. Memang tak perasan Ayda Jebat ke Rosnah Mat Aris. Sama betul muka diorang!!!

ayda jebat

wajah Ayda Jebat yang nampak seperti Rosnah Mat Aris

Perkara ini diakui sendiri oleh Ayda Jebat apabila ditegur oleh rakan-rakan pelakon yang menyatakan wajahnya sudah tembam. Itu baru berat badan naik 2 kilogram. Kalau naik 5 kilogram jadi macam muka sapa pulak? Kata Ayda:-

Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.

Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.

Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya. Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.

Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.

Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti.

ayda jebat

Untuk perbandingan, marilah kita meletakkan gambar Ayda Jebat dan Rosnah Mat Aris bersebelahan. Mungkin boleh nampak sama atau tidak.

ayda jebat

Amcam? Apa pendapat anda? Diharap Ayda Jebat menjaga berat badan. Muda lagi kalau dah gemuk tak cantiklah. Masa tengah hangat di pasaran ini kenalah berkorban sikit. Tak gitu? Janganlah jadi Rosnah Mat Aris terlalu cepat. Hehehe. Sumber Mstar Online.

November 30th, 2008

Aku sememangnya menyampah dengan Rosnah Mat Aris. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi tapi masih tak sedar diri yang diri dia dah tua. Dengan style seksi yang mengalahkan pelakon-pelakon muda, Rosnah Mat Aris sekali lagi buat kecoh selepas insiden menghina isteri Rasullah.

Disahkan telah berkahwin dengan seorang pemuda yang berusia 27 tahun oleh jurunikahnya sendiri, Rosnah Mat Aris kononnya menafikan yang bukan dia yang berkahwin dengan lelaki itu. Dengan usia yang dah mencecah 53 tahun, kali ini Rosnah Mat Aris sendiri terkena dulang paku serpih.

Setelah episod penafian dari Rosnah Mat Aris, wartawan Bipop sendiri telah pergi membuat siasatan untuk membuktikan kesahihan perkahwinan dia dan Tajul(nama pengantin lelaki). Ternyata sememangnya perkahwinan mereka sah dari segi agama dan undang-undang Malaysia.

Itulah dulu mengutuk lagi isteri Nabi, sekarang kau sendiri yang dah kena. Memang tak ada salahnya pun kahwin dengan lelaki muda, pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Sekarang bila dah terkena kat muka sendiri, baru terkial-terkial nak cover malu.

Rosnah oh Rosnah, bila la anda nak insaf. Sedarlah yang diri kita ini semakin hari semakin tua bukannya semakin muda.