Written by AbangNara | April 9th, 2015

Baru-baru ini, keletah serta aksi Hanez Suraya bermain dengan anak-anak tirinya telah mencuri perhatian pengguna Internet. Sangat comel, sangat sweet dan sangat gembira melihat kemesraan yang terjalin antara mereka. Namun biasalah manusia, di sebalik kegembiraan orang lain, ada juga yang dengki. Ada suara-suara sumbang yang mengkritik Hanez Suraya sengaja berpura-pura baik dengan anak-anak tirinya dan menyatakan itu semua sekadar lakonan semata-mata. Hmmmmm.

hanez suraya

Bagi Abang Nara, kita sepatut bersyukur dan tumpang gembira kerana Hanez serta anak-anak tirinya berkongsi kasih sayang dengan begitu baik sekali. Kontroversi Hanez telah pun lama berlalu. Kita patut lupakannya. Hanez dah kahwin dah pun. Sudah tiba masa kita mendoakan kebahagiaannya. Apa pun, Hanez Suraya mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempedulikan kata-kata orang luar. Kata Hanez:-

Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif. Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka

hanez suraya

Buat Hanez, teruskan buat tidak peduli dengan kata-kata orang luar yang sering mengkritik dan menuduh anda. Yang penting sekarang anda sudah pun bergelar isteri kepada Romie. Berikan kasih sayang secukupnya kepada suami dan anak-anak tiri anda. Insya Allah satu hari nanti suara-suara negatif ini akan hilang begitu sahaja. Semoga terus berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Amin. Sumber portal Murai.

Written by AbangNara | April 1st, 2015

Berkahwin dan terus menjadi ibu kepada 2 orang anak hasil perkahwinan suaminya yang sebelum ini ternyata tidak menjadi penghalang kemesraan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya. Comel sangat Abang Nara tengok aksi mereka main sorok-sorok belakang pintu. Memang bahagia sangat-sangat. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Hanez kerana menjadi seorang ibu yang baik. Insya Allah lepas ini boleh main dengan cahaya mata sendiri pulak. Amin.

hanez suraya dan anak anak tiri

Semoga ikatan rapat dan mesra antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya ini akan berkekalan sehingga bila-bila. Seronok tengok mereka bergelak ketawa sampai terasa nak join main sekali. Budak-budak tue memang sukalah. Ketawa je. Pandai Hanez main dengan budak-budak. Langsung tidak kekok. hanez suraya dan anak anak tiri

Banyak lagi video-video comel mereka bertiga yang telah dikongsikan di Instagram @HanezSuraya. Mesti korang akan suka tengok punya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 23rd, 2015

Malam semalam, 22 Mac 2015 telah berlangsung majlis resepsi Hanez Zuraya dengan Romie Razin Adilha di Sime Darby Convention Centre.


 photo 11024289_357328087800428_1437609848_n.jpg

Anggun sekali Hanez mengenakan gaun dan veil perkahwinan rekaan Fizi Woo manakala Romie mengenakan sut yang dihasilkan oleh Hatta Dolmat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua anak lelaki Romie dari perkahwinan terdahulu serta pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram SyncImages

 
Written by AbangNara | March 16th, 2015

Sudah mempunyai 2 orang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu, Romie Razin kini mengimpikan cahaya mata perempuannya untuk menyinari perkahwinannya dengan Hanez Suraya. Selain itu, Hanez Suraya juga memaklumkan yang kerjaya lakonannya kini jatuh nombor dua kerana tumpuannya kini adalah untuk suami tercinta dan anak-anak tirinya. Satu pengorbanan yang amat bagus dan mengharukan.
hanez suraya kahwin Kata Hanez:-

Kerjaya lakonan kini jatuh nombor dua, sekarang ini apa yang penting adaalah anak-anak dan suami. Kami tidak merancang berhubung hal cahaya mata tetapi Romie mengharapkan anak perempuan bagi menyinari lagi perkahwinan kami. Memandangkan dua anak dari perkahwinan sebelum ini adalah anak lelaki maka Romie teringin untuk mempunyai anak perempuan pula,

Romie juga memaklumkan yang dia tidak akan menghalang Hanez Suraya untuk terus berlakon namun isterinya itu harus pandai menjaga batas sebagai seorang isteri. Kata Romie:-

Seperti yang saya katakan dari dulu lagi, saya memang tidak menghalang kerjaya seni Hanez tetapi dia perlu tahu batasnya sebagai isteri. Kalau dia bergambar dengan lelaki pun sudah boleh membuatkan saya cemburu jadi faham-fahamlah sendiri.

Lebih baik saya meluahkan isi hati dari memendam rasa kerana ianya tidak bagus dalam rumahtangga. Jika tiada sebarang halangan saya merancang untuk membawa Hanez untuk menunaikan umrah pada bulan April ini

hanez suraya kahwin

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menjalani ibadah umrah. Semoga dalam masa terdekat ini akan dikurniakan berita gembira tentang kehadiran orang ketiga. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.