January 23rd, 2017

Desas-desus yang bertiup kencang tentang keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin akhirnya terjawab. Menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Namun begitu Hanez Suraya tidak hadir ke mahkamah sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya.
hanez surayaBerita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini. Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.
hanez uraya

Hanez Suraya dan Romie telah pun berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. Hanez Suraya telah cuba dihubungi oleh pihak media namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Semoga Hanez Suraya akan tampil satu hari nanti untuk membuat penjelasan sekaligus merungkai segala persoalan yang bermain di kepala para peminatnya. Sumber Berita Harian.

January 7th, 2016

Pada 29 Disember lepas, pelakon Hanez Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Putri Aleesya. Putri Aleesya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur secara normal. Aleesya merupakan anak pertama dari perkahwinan Hanez dengan Romie manakala anak ketiga Romie yang telah mempunyai dua cahaya mata lelaki dari perkahwinan terdahulu dengan Liyana Manan.


 photo 10.jpg

Gambar-gambar Aleesya ialah hasil bidikan The Photolicious. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 9.jpg
 photo 6.jpg
 photo 7.jpg
 photo 8.jpg
 photo 5.jpg
 photo 4.jpg
 photo 1.jpg
 photo 3.jpg
 photo 2.jpg
 photo 11.jpg

November 30th, 2015

Hujung minggu lepas,  Liyanan Manan yang merupakan bekas isteri kepada Romie Razin iaitu suami Hanez Suraya memuat naik satu luahan yang menarik perhatian ramai.

Dalam luahan tersebut, Liyana tidak dapat menahan perasaan  gembiranya ketika  beliau terserempak dengan anaknya-anaknya di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini. Liyana mengakui teramat rindukan cahaya mata beliau.

Alhamdulillah….syukur…aku bersyukur sgt pd Mu Ya Allah kerana telah mempertemukan aku bersama dia ‘Putra Adreeshah’ anakku walaupun dengan cara begini terserempak sewaktu dia sedang leka bermain video cam di SONY…ini adalah satu rezeki yang sangat berharga bagiku pada hari nie…setelah berbulan2 aku nantikan utk bertemu dengan mu syg…Ya Allah…aku percaya engkau selalu ada untukku walau aku dalam keadaan apa sekalipun…dan aku percaya walau dia jauh dari jagaanku pandanganku.

Engkau menjadi pengganti diriku untuk melindungi dia untukku…momm rindu sangat putra dan rayqarl…rayqarl walaupun momm xdpt mendakapmu walau sesaat td…tapi momm percaya 1 hari nanti rayqarl akan kembali ke dalam dakapan momm.

momm rinduuuuuuuu terlalu rindu dengan dua hero mommm putra dan rayqarl…ingat sayang…walau ape pun yang terjadi putra dan rayqarl tetap utuh dalam hati dan setiap dalam sujud momm inshaa allah…Ya Allah jagakan dia utkku…aminnn…aminnn…aminnn ya rabbal allaminnn…

Daripada luahan tersebut ia seakan menggambarkan bahawa Liyana sudah lama tidak bertentang mata dengan mereka sehingga ia mencetuskan gosip bahawa Romie melarang bekas isterinya itu untuk mendekati anak-anak mereka.

Bengang dengan segala tuduhan dan komen negatif yang dilemparkan kepada suaminya, Hanez Suraya menerusi akaun Instagram beliau meminta agar orang ramai tidak terus meghukum beliau dan Romie

Hanez juga meminta agar pihak yang mencetuskan gosip berkenaan mendapatkan sendiri kenyataan daripada Liyana sebelum membuat sebarang spekulasi.

Kami harap gosip ini tidak benar.  Meskipun rumah tangga yang dibina dahulu sudah runtuh, seorang ibu masih lagi mempunyai hak untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Sumber Berita: Facebook Liyana Manan & Instagram Hanez Suraya

November 23rd, 2015

Bakal bersalin anak pertama tidak lama lagi membuatkan  rasa ingin tahu Hanez Suraya mengenai proses bersalin agak memuncak.

Walaupun sudah dilarang oleh doktor untuk tidak menonton video wanita bersalin, Hanez bagaimanapun sudah melanggar nasihat tersebut dan mengigau apabila terigat kembali proses ketika melahirkan anak seperti yang ditonton olehnya di YouTube.

Doktor dah pesan jangan tengok video orang bersalin di Youtube, takut nanti kita bimbang dengan keadaan diri kita masa bersalin nanti. Tetapi saya tetap mahu menonton video itu. Bukannya apa, sebagai wanita yang pertama kali bakal bergelar ibu, saya mahu tahu apa yang akan berlaku.

Selepas menonton video tersebut, perasaan saya sedikit bimbang apakah yang bakal saya lalui nanti. Sampai saya mengingau semasa tidur.

Meskipun beliau sekarang lebih merehatkan diri di rumah, Hanez masih sempat untuk meminta nasihat daripada ibunya serta mendapatkan khidmat bidan bagi persediaan semasa bersalin dan ketika dalam pantang nanti.

Buat masa ini Hanez masih belum memberikan kata putus mengenai perjalanan karier beliau selepas bersalin. Hanez hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada anaknya sebelum memikirkan hal tersebut.

Saya pun tak tahu macam mana susunan masa saya selepas bersalin nanti. Tengok dahulu macam mana., yang penting saya mahu fokus pada anak yang bakal lahir ini dan keluarga dahulu sebelum memikirkan tentang kerja pula.

Biasalah tu kalau mahu melahirkan anak pertama, pelbagai macam soala yang bermain di minda lebih-lebih lagi tentang proses bersalin nanti. Apa-apa pun doakan agar segala proses kelahiran anak pertama Hanez Suraya dan Romie Razin dipermudahkan.

Sumber Berita: mStar Online