January 25th, 2015

Sebelum ini, Aweera memberi kenyataan bahawa Edry Abdul Halim selaku komposer Romancinta telah membuktikan bahawa Edry suka bermain drama dengan menggunakan kumpulan muzik jalanan Caliph Busker dalam persembahan Mojo untuk finale Anugerah Juara Lagu ke-29 yang baru lepas.
 photo 3b27.png
Aweera mendakwa drama yang dibuat oleh Edry ialah bagi meraih simpati orang ramai dan drama itu berjaya. Aweera juga mendakwa persembahan cemerlang Mojo ialah atas kapasiti Caliph Busker dan bukannya kerana Mojo.

Melalui Instagramnya, Edry telah memberi reaksi kepada kenyataan Aweera.

 photo Untitled_1.png

Sebelum ini Mangga Online melaporkan bahawa Edry telah mengeluarkan kenyataan mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang Aweera dari menyanyikan lagu Mojo dan mahu agar artis itu berdikari.

Yes, Aweera is a good singer but he’s not the only good singer. Banyak lagi penyanyi yang bagus. Bagi saya, kami tidak kehilangan apa-apa. Mojo akan meneruskan langkah seterusnya dengan penyanyi baru.

All the best to him. Memang susah untuk dia bergerak sendiri dalam industi ini. Saya harap dia akan dapat lagu seperti ‘Mewangi’ (nyanyian Akim & The Majistret) untuk menaikkan nama dia.

Kalau dah berdiri atas kaki sendiri, maksudnya dia perlu berdikari untuk terus kekal dalam industri ini.

Mungkin kata Edry ada benarnya. Aweera perlu menyahut cabaran ini untuk mendapatkan lagu-lagu yang bagus dan membuktikan kemampuannya. Mungkin juga Aweera boleh mencipta lagu sendiri selepas ini, siapa tahu kalau-kalau ada bakat terpendam dan mampu mencipta lagu sebaik lagu ‘Mewangi’ nyanyiam Akim and the Majistret, ya tak? Doakan yang terbaik buat Aweera.

January 19th, 2015

Serius Abang Nara terkejut yang amat. Tak ada niat mahu memperlekehkan lagu Apa Khabar ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow & Sonaone, namun lagu tersebut memang tidak masuk di dalam senarai lagu yang Abang Nara anggap akan menang. Namun sudah pasti juri-juri professional lebih mengetahui mutu sesebuah lagu itu. Pendengar marhaen seperti Abang Nara ini kenalah terima keputusan mereka yang lebih mahir di dalam bidang nyanyian.
ajlBerikut ialah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29):-

1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.
ajlApapun selain daripada para pemenang malam ini, Abang Nara ingin melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Edry KRU kerana membawa Caliph Buskers yang merupakan OKU cacat penglihatan untuk tampil beraksi di AJL29. Persembahan mereka memang amat memukau. Vokal power. Meremang bulu roma Abang Nara dibuatnya. Memang layak mendapat persembahan terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Apa pendapat anda mengenai keputusan dan persembahan AJL29 kali ini? Kongsikan di ruangan komen.