September 30th, 2019

Pelakon Rita Rudaini boleh dikatakan “kebal” dengan kecaman netizen, namun apabila ia melibatkan soal anak-anak, jiwanya sebagai seorang ibu tidak dapat bertolak ansur.

rita rudaini

Rita akui dia terkilan ada sesetengah netizen menggunakan akaun palsu akan meninggalkan komen negatif setiap kali dia berkongsi foto anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di Instagram.

Kadang-kadang, bila saya kongsi foto anak-anak di laman Instagram, mulalah ada akaun palsu yang tidak mempunyai foto serta tidak mengikuti mana-mana akaun Instagram lain muncul di ruangan komen.

rita rudaini foto anak-anak

Mereka meninggalkan komen buruk dan negatif terhadap foto terbabit. Setiap kali muat naik gambar anak-anak, mesti mereka pun datang komen berbaur kutukan. Saya juga akan bertindak membalas komen jika ada netizen bertindak melampau meninggalkan komen bukan-bukan.

Dalam pada itu, Rita sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan artis seharusnya tidak melayan provokasi di media sosial dan hanya berdiam diri apabila dikecam. Kenapa pula harus diam, sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

rita rudaini

Ada yang cakap artis tidak seharusnya balas atau respon. Bagi saya, ikut keadaan. Kalau komen mereka melampau, saya harus bertindak. Kenapa artis hanya perlu diam? Kami mempunyai perasaan seperti manusia biasa, bukannya makhluk asing.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Rita, kalau komen dah melampau memang patut dibalas, apatah lagi kalau melibatkan anak-anak yang tidak pernah pun membuat kesalahan dengan netizen. Bagus Rita, terus pertahankan maruah diri dan anak-anak.

Sumber Berita : Astro Gempak

September 4th, 2019

Bengang rasanya kalau kita tidak pernah kacau kehidupan orang lain tetapi diri difitnah. Memang panas hati tiba-tiba dikaitkan dengan perkara negatif.

rita rudaini

Itulah juga yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini. Menerusi akaun Instagramnya, Rita meluahkan rasa geram terhadap seorang wanita yang sering menjaja cerita buruk tentang dirinya sedangkan dia tidak pernah mencampuri urusan individu tersebut.

rita rudaini naik anginrita rudaini

Pada Rita, manusia sebegitu sebenarnya tidak mempunyai kehidupan yang bahagia dan hati yang tenang.

Rata-rata netizen menasihati Rita untuk bersabar dan tidak tertekan dengan segala provokasi yang dilakukan oleh individu yang sengaja ingin memburukkannya itu.

rita rudaini instagramrita rudaini difitnah

Bukan semua orang suka lihat kita bahagia, ada yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan diri kita. Harapnya Rita bertabah.

August 26th, 2019

Setiap kali Rita Rudaini berkongsikan sesuatu tentang dirinya dan anak-anak di laman sosial, pastinya netizen tidak akan melepaskan peluang untuk mengaitkannya dengan bekas suami pelakon jelita tersebut, Aidil Zafuan. Telah berpisah sejak 6 tahun yang lalu, Rita memaklumkan dia tidak pernah lagi mengaitkan dirinya dengan dengan bekas suami namun hanya berkongsikan tentang kisah anak-anaknya di media sosial.
rita rudainiSenang cakap, Rita Rudaini dah lama move on, cuma netizen sahaja yang masih suka mengaitkan apa sahaja yang dilakukan oleh Rita dengan bekas suaminya itu. Kesian juga jadi Rita kan? Orang lain pula kononnya lebih tahu tentang perasaan dirinya.

Kata Rita:-

Kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu dan saya tidak pernah sesekali berkongsi mengenai kisahnya di media sosial sejak itu lagi. Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. Apabila saya kongsikan mengenai anak-anak mereka akan kaitkan posting tersebut dengan bekas suami.

Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya? Bagi saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarganya sendiri sekarang

rita rudaini

Sebenarnya ada satu cara yang mudah untuk membuktikan kepada netizen bahawa Rita sudah benar-benar move on. Caranya tak lain tak bukan ialah berkahwin sekali lagi. Selesai segala masalah. Hehehe. Namun bukan mudah nak mencari calon suami yang benar-benar memahami kita di zaman serba moden ini. Sama-samalah kita doakan agar Rita bertemu jodoh di masa hadapan, sekaligus menamatkan spekulasi daripada netizen. Sumber Astro Gempak.

July 10th, 2019

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, tentunya ia bukan tugas mudah buat pelakon Rita Rudaini. Dia bekerja keras dalam bidang seni untuk memberikan yang terbaik buat dua orang anaknya iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup dengan lebih selesa.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT.

Kata Rita, dia tidak suka menunjukkan kesedihannya di hadapan dua orang anaknya itu kerana mahu mereka menganggap dirinya sebagai ‘hero’. Rita sanggup masuk ke bilik air dan menangis meluahkan segala rasa sedih yang terpendam.

Terus terang, saya tidak suka menangis depan anak kerana mahu mereka anggap ‘mummy’ adalah hero mereka.

Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan. Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam.

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa pada masa yang sama memang sukar dan dipenuhi dengan cabaran. Semoga Rita terus tabah.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : NST & Rita Rudaini Fan Club