May 17th, 2017

Beberapa bulan lepas, kita dikejutkan dengan pendedahan isteri Aqasha iaitu Baizura yang mendakwa seorang pelakon wanita terkenal bermain cinta bersama Aqasha. Baizura memuat naik perbualan mesra  antara pelakon wanita tersebut bersama suaminya itu di akaun Instagramnya. Pelakon wanita yang dikaitkan dalam  isu ini ialah Rita Rudaini.

Hanya berdiam diri sebelum ini, Aqasha akhirnya tampil membuka mulut dan mengesahkan rumah tangga serta hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik. Kontroversi yang melanda sedikit pun tidak menjejaskan rumah tangga mereka.

Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu.  Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan.  Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui.

Ditanya adakah bukti perbualan yang dimuat naik oleh isterinya itu benar, ini jawapan Aqasha : –

Jika dia muat naik paparan skrin sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku. Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun.

Meskipun hangat dilanda kontroversi bersama Rita, Aqasha bagaimanapun memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan dengan Rita dalam mana-mana tawaran berlakon akan datang.

Sumber Berita : mStar Online

April 12th, 2017

Bukan sahaja didakwa sebagai punca rumah tangga Aqasha bersama isterinya Baizura berantakan, ada juga dakwaan mengatakan Rita sebenarnya sudah bernikah dengan Aqasha di Thailand secara rahsia. Mengulas mengenai khabar angin tersebut, Rita menerusi portal Harian Metro menganggap ia satu tuduhan yang agak melucukan.

Ini antara persoalan yang buat saya tergelak. Komen itu memang kelakar. Jangan disebabkan saya pernah berkahwin di Thailand perkara sama dibangkitkan.

Sudah menjelaskan apa yang berlaku antaranya dan Aqasha sebelum ini, Rita sudah tidak ingin ambil pusing lagi mengenai kontroversi berkenaan. Apa yang penting, beliau kini mahu memberikan fokus kepada dua orang anak lelakinya dan mahu melaksanakan kerja yang sudah diamanahkan kepadanya dengan baik. Rita tidak mahu kekecohan ini memberikan kesan terhadap kualiti kerjanya.

Komen yang ditulis seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Boleh saja saya balas satu persatu tapi tak ada gunanya. Saya masih boleh berfikir secara waras. Pada masa sama saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

Apabila membabitkan laman sosial, saya tak ada hak melarang mereka bersuara. Lagipun, saya sudah lali dengan komen dan kritikan pengguna laman sosial. Baik atau tidak, pasti ada yang tak suka.

Selagi isu ini sedang hangat, memang akan ada mulut yang tidak akan berhenti bercakap mengenainya. Akan ada pelbagai spekulasi liar yang hanya mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang berlaku hanya Rita, Aqasha dan Baizura sahaja yang tahu. Apa-apa pun, harapnya Aqasha tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan daripada pihaknya juga.

Sumber Berita : Harian Metro

March 30th, 2017

Sehingga hari ini, pelakon Rita Rudaini masih lagi menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen gara-gara dituduh sebagai punca rumah tangga Aqasha dan isterinya Baizura bergolak. Walaubagaimanapun, Rita dalam temubual terbaru bersama Berita Harian Plus memberitahu beliau enggan ambil peduli tentang isu tersebut.

Buat Rita, lebih baik untuk beliau berdiam diri dan beliau juga tidak kisah sekiranya dilabelkan sebagai pemusnah rumah tangga orang.

Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan. Saya lebih fokus terhadap perkara yang dincintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan.

Terdahulu, Rita didakwa sebagai orang ketiga didalam rumah tangga Aqasha selepas gambar profil Rita di Instagram mirip dengan gambar individu yang berhubung dan bermesej mesra dengan Aqasha seperti yang didedahkan oleh Baizura.

Sumber Berita : BH PLUS