January 15th, 2018

Sejak Datuk Farid ditahan Khamis lalu, ramai pula artis dan beberapa pihak lain membuat kenyataan tentang apa yang berlaku sehari sebelum beliau ditahan polis.

Terbaru, pengarah Shuhaimi Lua mengakui berlakunya insiden Ridzuan Hashim ditampar dan turut mendedahkan Farid membawa pistol ke lokasi penggambaran.

Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar.

Bukan itu sahaja, Farid terus berkelakuan pelik dan turut menengking seorang jurukamera secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut. Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya. Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika.

Apa yang berlaku kepada Farid ketika ini memang amat rumit dan mengejutkan orang ramai. Tidak dinafikan perbuatan beliau yang bertindak agresif terhadap pihak berkuasa dan orang awam adalah satu kesalahan berat. Namun, kita jangan terus membuat andaian tersendiri, pasti ada sebab disebalik kejadian tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online

January 12th, 2018

Apa yang berlaku kepada Datuk Farid Kamil amat mengejutkan peminat industri hiburan tempatan apatah lagi beliau berkemungkinan mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Terbaru, pelakon Ridzuan Hashim mendakwa dirinya telah ditampar oleh Farid  ketika berada di set penggambaran pada Rabu lalu dan kemudiannya beliau melarikan diri tanpa sebarang sebab.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran.

Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya. Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.

Ridzuan bagaimanapun tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan tidak mahu keluarga Farid tertekan.

Mengulas kejadian Farid ditahan kemudian direman, Ridzuan mengaku terkejut dan berharap masyarakat tidak menjatuhkan hukum kepada Farid. Kata Ridzuan, Farid masih muda dan beliau sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.

Sumber Berita : Harian Metro

October 6th, 2015

Semalam, gambar Ridzuan Hashim bersama teman wanita Hans Wong yang menggunakan nama Carmen Emirda di Instagram dan artis hot Fara Mendoza telah menjadi viral kerana orang ramai mempersoalkan mengapa Ridzuan meraikan ulangtahun kelahiran wanita itu di kelab malam memandangkan usianya.
 photo redzuan-has-2.jpg

Hari ini melalui mStar Online, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak kenal Carmen dan Fara dan hanya bergambar atas permintaan mereka sebagai peminatnya.

Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.

Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet.

Ridzuan juga menjelaskan orang ramai tidak sepatutnya menjatuhkan hukum bahawa individu yang berada di kelab malam bertujuan untuk berfoya-foya.

Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar.

Sementara itu, Ridzuan memberitahu yang dia ditawarkan menjalani uji bakat bagi membintangi filem Hong Kong sebagai seorang gengster.

Untuk filem itu saya perlu jadi gengster yang tahu tiga bahasa iaitu Thailand, Myanmar dan Kantonis. Agak mencabar, tetapi saya akan cuba juga.

Selain itu, ada juga beberapa penerbit negara luar mahu saya terlibat dengan filem terbitan mereka namun semua itu masih lagi dalam perbincangan.

Rupanya itulah yang sebenarnya terjadi. Kapsyen yang dimuat naik oleh Carmen telah menimbulkan salah faham dan mungkin kerana itu dia memadam gambar tersebut. Sepatutnya dia memberitahu bahawa dia mengajak Ridzuan bergambar sebagai peminat, bukan begitu?

Ridzuan yang pada masa kini diingati dengan watak ketua gengster bernama King dalam filem ‘KL Gengster’ telah berjaya menarik minat penerbit antarabangsa untuk membintangi filemnya. Diharap Ridzuan akan berjaya terpilih untuk membawakan watak mencabar tersebut. Bersama kita doakan.

Jom saksikan Bangsawan 'Anak Raja Anak Papa' pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

October 5th, 2015

Pelakon Ridzuan Hashim masih aktif dalam industri dan merupakan bekas suami pelakon komedi Didie Alias. Ramai antara kita masih mengingati Ridzuan yang pernah memegang watak utama dalam filem seperti Hati Bukan Kristal. Di masa muda, Ridzuan memang kacak orangnya.


 photo 182145vxzbqx3k9fb9kncb.jpg.thumb.jpg
Semalam, teman wanita Hans Wong yang menggunakan nama Carmen Emirda di Instagram telah memuat naik gambar dengan kapsyen mengucapkan terima kasih kepada Ridzuan dan tidak ketinggalan artis hot masa kini Fara Mendoza kerana turut menyambut hari ulangtahun kelahirannya di kelab malam.

Gambar itu telah dipadam oleh Carmen, tetapi anda harus ingat sekiranya anda dikenali, apa yang anda muat naik ke Internet akan kekal berada dalam Internet, mungkin dalam bentuk yang lain pula.

Orang ramai mempersoalkan bahawa Ridzuan tidak sepatutnya berada atau berseronok di kelab malam bersama pemudi seperti Carmen dan Fara memandangkan usianya. Menurut mereka, kalau diikut pada logiknya, mungkin jua Ridzuan akan bergelar seorang datuk tidak lama lagi kerana anaknya baru saja melangsungkan perkahwinan.

Sebenarnya ini berita mengenai Ridzuan ke kelab malam bukan perkara baru. Mungkin seperti Tasha Shila dia gemar mencari ketenangan di kelab. Setiap orang kan lain kecenderungannya. Doakan yang terbaik buat Ridzuan.

Jom saksikan Bangsawan ‘Anak Raja Anak Papa’ pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015