June 12th, 2015

Menarik. Itu yang Abang Nara dapat simpulkan apabila memuat turun dan menggunakan applikasi RHB Lifestyle Privileges untuk beberapa hari. Applikasi yang boleh digunakan oleh pemilik smartphone Android dan iPhone teramatlah simple tetapi fungsinya memang awesome. Sekali guna confirm akan terus guna lagi dan lagi.

rhb lifestyle privileges

RHB Lifestyle Privileges memberikan peluang kepada penggunanya untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan faedah. Selain itu, ia juga memudahkan pencarian lokasi cawangan bank RHB. Tak berapa faham? Meh Abang Nara terangkan 3 fungsi applikasi RHB Lifestyle Privileges:-

1. Kupon – lebih kurang sama seperti laman web berkupon, applikasi RHB Lifestyle Privileges menawarkan pengguna RHB Now pelbagai tawaran/diskaun/kupon yang menarik. Boleh beli mana tawaran yang bersesuaian menerusi applikasi ini, terus pergi ke kedai tersebut dan redeem kupon menerusi QR Code yang terdapat di dalam applikasinya. Senang kan? Tak payah print. Semuanya ada di dalam applikasi RHB Lifestyle Privileges ini.

rhb lifestyle privileges

2. Privileges – jangan confuse pulak dengan kupon kerana ia adalah 2 perkara yang berbeza. Privileges ini menunjukkan tawaran yang ada di sekeliling khas buat pengguna kad RHB. Contoh macam Abang Nara ada kat The Curve dan teringin nak tahu ada apa promosi untuk kad RHB di The Curve, Abang Nara hanya perlu keluarkan telefon bimbit, check applikasi RHB Lifestyle Privileges dan promosi-promosi berdekatan akan dipaparkan di papan skrin telefon Abang Nara.

rhb lifestyle privileges

3. Augmented Reality Locator – menggunakan kamera pada smartphone, RHB Lifestyle Privileges boleh memberitahu anda cawangan bank RHB yang berdekatan secara realtime. Cuma arahkan je kamera smartphone anda pada bangunan di sekeliling dan woila, terus tahu mana bank RHB dekat-dekat situ. AR Locator ini juga boleh digunakan sesama untuk mencari Privileges berdekatan.

rhb lifestyle privileges

Best kan? Ke ada yang tak faham lagi? Ish, ish, ish. Tak apa jangan risau. Abang Nara akan menghadiri event RHB Lifestyle Privileges di LG West, IOI City Mall (berdekatan Poh Kong) yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini (Abang Nara akan hadiri event pada hari 14 Jun). Jadi Abang Nara nak jemput korang semua untuk hadir beramai-ramai. Banyak tawaran, diskaun, kupon dan paling penting, Abang Nara akan ajar korang cara nak gunakan applikasi RHB Lifestyle Privileges ini. Buat masa ini, muat turun dulu applikasi ini di Google Play dan Apple App Store. Kita jumpa di sana nanti.

September 26th, 2014

RM100,000. Banyak kan? Agaknya apa yang akan anda lakukan sekiranya memenangi wang tunai dan hadiah bernilai sebanyak itu? Fuh~~~ Macam-macam boleh dilakukan. Boleh pergi jalan-jalan keliling dunia, boleh beli kereta baru, boleh bayar down payment untuk rumah, boleh gunakan untuk persiapan perkahwinan dan macam-macam lagilah. Kalau Abang Nara, sebahagian daripada tue akan digunakan untuk pergi jalan-jalan kat Eropah dan sebahagian lagi simpan untuk hari tua.

rhb now

salah satu impian nak beromantik dengan wife di Eiffel Tower

Impian Abang Nara akhirnya boleh dicapai kerana RHB Bank kini sedang mengadakan pertandingan ‘Let’s Transact with RHB Now’ yang menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM100,000. Pertandingan ini telah pun bermula sejak 8 September yang lalu dan akan berakhir pada 30 November ini.

rhb

Ada 2 cara untuk menyertai pertandingan ‘Let’s Transact with RHB Now’ ini namun perkara WAJIB yang anda harus lakukan hari ini ialah pergi ke cawangan RHB berhampiran dan buat permohonan RHB Debit Card. Hanya mereka yang mempunyai akaun RHB Bank berpeluang untuk memenangi hadiah yang super awesome ini. Ala, 10 minit je nak bukak akaun. Tak lama pun. 10 minit untuk RM100,000. Berbaloi sangat kan?

rhb

Dah ada akaun RHB Now dah? Cara pertama untuk memenangi wang tunai dan hadiah bernilai RM100,000 ialah melakukan transaksi RHB Now sebanyak mungkin. Mininum transaksi yang perlu digunakan ialah RM30. Boleh gunakan Internet Banking atau Mobile Banking. Namun nasihat Abang Nara, gunakanlah Mobile Banking sebab lebih banyak penyertaan yang akan diberikan sekiranya anda menggunakan Mobile Banking. Tak percaya? Cuba tengok perbezaannnya di bawah:-

rhb

Boleh top up kredit handphone, boleh bayar bil, boleh hantar duit guna PayPal dan macam-macam lagi cara untuk mendapatkan penyertaan. Lagi banyak transaksi yang dibuat, lagi tinggi peluang untuk kita menang. Kalau dah bayar semua bil dan dah tak ada transaksi untuk dilakukan, jangan risau sebab ada cara kedua untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dalam peraduan ‘Let’s Transact with RHB Now’. Cara ini lagi senang. Hanya perlu kekreatifan anda je.

rhb

Gunakan kreativiti anda dan muatnaik gambar yang menunjukkan apa yang anda akan lakukan sekiranya memenangi wang tunai dan hadiah bernilai RM100,000 yang ditawarkan oleh RHB Now. Contohnya yang macam Abang Nara dah buat kat awal-awal artikel nie. Abang Nara percaya korang boleh buat lagi kreatif. Hantarkan gambar dan slogan hebat anda itu di laman web RHB ini. Tapi boleh hantar satu entri je tau! Jadi hantarlah gambar dan slogan yang paling hebat untuk menang hadiah best di bawah ini.

rhb

Terbaik kan hadiahnya? Jangan lupa ajak kawan-kawan, ahli keluarga dan juga pakwe/makwe anda untuk sertai peraduan ‘Let’s Transact with RHB Now’ ini. Lagi ramai lagi meriah. Tips dari Abang Nara, silalah bayar bil-bil air, eletrik dan Astro bulan ini menggunakan RHBNow. Jangan lupa berdoa semoga dimurahkan rezeki. Maklumat lanjut mengenai peraduan awesome ini layari laman web RHB.