May 3rd, 2016

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada 30 April lepas.

Bayi tersebut dilahirkan pada jam8.30 pagi dengan berat 3.79 kilogram melalui kaedah pembedahan. Menariknya, anak lelaki beliau dilahirkan pada hari jadi Rebecca dan ia merupakan satu anugerah terindah buat beliau.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Rebecca masih belum mendedahkan nama bayi lelaki beliau itu kepada umum.

Ini merupakan anak keempat Rebecca bersama suami Datuk Nor Azam Sulaiman. Rebecca juga mempunyai dua lagi anak tiri.

Semoga kelahiran orang baru ini dapat menambah kebahagiaan keluarga Rebecca dan mengeratkan lagi kasih sayang beliau dan suami.

Jom kita layan beberapa lagi foto anak keempat Rebecca dengan membaca entri ini sepenuhnya.