February 17th, 2014

Alhamdulillah. Selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan tampil bertudung, kini Rebecca Nur Islam mengambil langkah seterusnya dengan menjual kesemua baju-baju seksi yang dimilikinya. Satu langkah yang amat bagus dan seharusnya dipuji. Terharu Abang Nara dengan kesedaran tahap tinggi oleh Rebecca. Tahniah diucapkan!!!

rebecca nur islam bertudung

Tambah mengharukan apabila Rebecca Nur Islam akan memberikan baju miliknya yang bernilai RM700 ke bawah secara percuma sahaja. Insya Allah makin murah rezeki Rebecca dengan bersedekah sebegini. Kata Rebecca kepada Sinar Harian:-

Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.

“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya. Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.

Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus

becca

Abang Nara juga tertarik dengan cerita Rebecca mengenai penghijrahannya. Betullah kata orang, hidayah itu datang pelbagai cara. Menarik sungguh. Terang Rebecca:-

Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang.

Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega.

Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung.

Sehingga hari ini, saya masih memakai pin ibu saya kerana tidak sempat untuk membelinya lagi.

Suami saya, lagilah terkejut kerana dia sendiri tidak tahu yang saya akan berhijrah secepat itu.

Buat masa ini, saya lebih selesa mengenakan selendang kerana saya mempunyai banyak koleksi selendang yang disediakan untuk majlis amal

rebcca

Menarik bukan? Semoga penghijrahan Rebecca Nur Islam dipermudahkan lagi. Abang Nara gembira dan seronok melihat makin ramai artis muda yang berhijrah. Nampaknya ramai yang telah mula sedar. Insya Allah hidup akan lebih diberkati dan dirahmati selepas ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kecuaian ibu bapa makin serius sebabkan kematian anak-anak