September 15th, 2016

Sebagai pelakon, mereka bertanggungjawab untuk “menghidupkan” watak yang diberikan. Mereka juga harus mengikut arahan pengarah untuk memberikan hasil yang terbaik didalam sebuah karya.

Itulah yang dilakukan oleh Raja Ilya apabila beliau melakonkan aksi ghairah dalam filem terbaru berjudul Luqman melalui watak seorang penari jelita.

Menurut Ilya, beliau tidak merasakan dirinya dipergunakan seperti anggapan orang ramai di luar sana.

Buat Ilya, babak ghairah juga ada gunanya dan memainkan peranan penting untuk menguatkan lagi jalan cerita.

Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita. Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif.

Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita.

Filem Luqman sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat yang turut dilakonkan oleh Josiah Hogan dan Wa Hanafi Su mengundang kritikan daripada masyarakat dan penggiat seni tanah air kerana tidak senang melihat beberapa adengan yang agak panas dan mengghairahkan dalam filem tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

August 17th, 2016

Sudah tiga tahun mengenali seorang lelaki Australia, pelakon Raja Ilya berharap agar lelaki tersebut dibuka pintu hatinya untuk  memeluk agama Islam. Meskipun mereka berdua tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, Ilya akui beliau mempunyai impian agar hubungan mereka dapat berkekalan sehingga akhir hayat.

Namun, menurut Ilya, sekiranya soal agama menjadi penghalang hubungan mereka berdua, beliau sanggup untuk berundur.

Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.

Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur.

Walaubagaimanapun, hubungan tersebut sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak tanpa membangkitkan soal agama.

Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam. Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.

Ilya juga sempat memberitahu beliau dan kekasih hanya sempat bertemu empat kali sepanjang tempoh tiga tahun hubungan mereka. Untuk mengubati kerinduan terhadap kekasihnya, mereka akan berkomunikasi menerusi panggilan video.

Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan.

Percintaan bersama seseorang yang bukan Islam pasti mempunyai cabarannya tersendiri apatah lagi jika berada didalam hubungan jarak jauh. Walaubagaimanapun, setiap perkara ada susun aturnya, biarlah orang yang kita cintai itu benar-benar faham dan belajar tentang Islam terlebih dahulu dan sentiasa mendoakan agar mereka diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam.

Sumber Berita : mStar Online