June 30th, 2016

Sekitar bulan April lepas, pelakon Raja Ema dengan gembiranya mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Iggeris selepas Aidilfitri ini dan bakal berhijrah ke London.

Walaubagaimanapun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Terbaru, Raja Ema memberitahu beliau telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas berfikir panjang mengenai masa depan beliau dan anak-anak.

Buat masa ini, Raja Ema akui beliau dan ahli perniagaan berkenaan lebih sesuai untuk berkawan sahaja.

Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu. Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan.

Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.

Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja.

Raja Ema hanya mahukan seorang lelaki yang mampu menerima serta memahami dirinya.

Pada usia ini saya tidak fikir berkahwin sekadar untuk berseronok sahaja, sebaliknya mencari teman hidup yang memahami.

Saya mahu seorang lelaki yang berkualiti dan boleh menjadi pasangan hidup di saat susah dan senang.

Kalau hendak berkahwin, kita harus cari pasangan yang betul-betul boleh menerima baik buruk kita. InshaAllah, kalau ada jodoh Raja Ema dan ahli perniagaan berkenaan,pasti satu hari nanti akan berkahwin juga bukan?

Sumber Berita : mStar Online

April 11th, 2016

Bertahun hidup sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Raja Ema akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris selepas hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Malah, Raja Ema juga memberitahu beliau akan berhijrah ke London bersama suaminya nanti.

Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, mungkin majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti, sekali gus menyaksikan noktah dalam kerjaya lakonan saya.

Sekiranya ada jodoh saya terpaka berhenti berlakon dan mengikut bakal suami berhijrah ke London. Bakal suami seorang ahli perniagaan berusia 40-an dan berdarah kacukan.

Walaupun orang Malaysia, tetapi sudah lama menetap di London. Tugasannya pula memerlukannya terbang ke China, Dubai dan Paris.  Agak sukar jika kami tinggal berjauhan kerana beliau selalu sibuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Ema yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Mungkin Raja Ema akan berhenti berlakon tetapi kami mendoakan agar beliau akan bahagia disamping bakal suami tercinta dan anak-anak.

Sumber Berita : Berita Harian

March 30th, 2016

Pelakon popular 80-an, Raja Ema memberitahu bahawa dia bakal bersara dari dunia hiburan kerana merancang untuk berkahwin. Berkata kepada Media Hiburan, dia juga akan memfokuskan kepada bidang perniagaan selepas berkahwin.
 photo 12407193_485616314972492_1167138799_n.jpg

Mengenai berlakon dan menyanyi ini saya tak ada komen sangat, saya rasa mahu bersara selepas berkahwin.

Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.

Projek 2016 pula saya lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri.

Pada satu ketika dalam tahun 90-an, berat badan Raja Ema pernah naik dengan banyak setelah berkahwin dengan bekas suaminya, Sheqal dan melahirkan anak. Namun kini, Raja Ema sangat langsing dia berkongsi tips langsing tubuhnya itu.


 photo 11377990_1691940397735412_1433242234_n.jpg

Jika mahu dibandingkan dengan waktu dulu, rasanya umum semua tahu saya mempunyai plus size namun bagi saya sekarang sudah di fasa yang kurus.

Berat badan sekarang 67 kilogram, tapi saya mahu dapatkan target sekitar 65 kilogram pula. Untuk menurunkan berat badan semestinya saya menjaga cara pemakanan yang sihat selain mengamalkan produk sendiri.

Saya juga ada menggunakan korset untuk menjaga pemakanan harian supaya tidak terlalu makan banyak. Secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan berat badan dan dapat hasil sekarang.


 photo 12328415_1661547377441853_1532345095_n.jpg

Ini dikira satu keputusan drastik oleh Raja Ema memandangkan dia sudah lama menceburi dunia hiburan dan baru beberapa tahun kebelakangan ini membuat comeback. Keputusan ini sama dengan keputusan yang diambil oleh bekas suaminya Sheqal yang sudah bersara dari menjadi penyanyi. Diharap Raja Ema akan mencapai apa yang diimpikan dan semoga segalanya dipermudahkan.

Lagi testimoni terbaik dari customer seorang doktor. Kami sendiri pun tak pernah buat mac&cheese guna serbuk keju ni….

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 16 March 2016

February 17th, 2015

Apabila diri sudah dimamah usia, pelbagai cara akan dilakukan untuk kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar. Penampilan yang segar, muda dan jelita sememangnya akan menarik perhatian lebih-lebih lagi jika anda berniaga seperti Raja Ema. Raja Ema baru-baru ini telah tampil dengan imej berambut ‘blonde’ bersempena dengan pelancaran koleksi pakaian tidurnya. Seperti yang dijangka, imej baru Raja Ema ini telah mendapat kritikan yang hebat.

raja ema

Iyerlah orang makin berusia makin dekat denganNya. Makin banyakkan ibadah. Tak ada masa nak berambut blonde apa bagai ini. Namun menurut Raja Ema, imejnya ini adalah untuk tampil awet muda sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Kata Raja Ema:-

Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.

Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna.

Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya. Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri.

raja ema

Kalau masa muda-muda nak buat fotografi macam ini mungkin masih boleh diterima akal lagi. Sekarang ini dah tua mungkin kena fikir cara lain yang sedap mata memandang. Tidak dinafikan Raja Ema masih jelita. Namun statusnya sebagai seorang ibu sedikit sebanyak membuatkan imej sebegini kurang sesuai. Apa pendapat anda? Sumber Sinar Harian.

P.S: Mazda CX-3 bakal tiba di Malaysia Julai ini