August 4th, 2012

Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

noryn aziz

Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-

Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki

noryn aziz

Abang Nara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Noryn Aziz atas perkahwinannya. Semoga bahtera rumah tangganya dapat dilayari dengan sempurna. Dan moga dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Amin ~~