April 28th, 2016

Demi janjinya serta cinta kepada suaminya Eddie, penerbit Raja Azmi  mengambil langkah yang cukup drastik dengan bertekad untuk berhenti merokok.

Mengakui bukan mudah untuk untuk terus berhenti,tetapi beliau tidak berputus asa.

Sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

Raja Azmi juga menjelaskan beliau ingin berubah dengan rela hati dan mahu berpegang kepada janji beliau untuk menjaga kesihatannya.

Ini janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie. Itu yang menguatkan semangat. Sebagai seorang yang berpegang pada janji, saya tekad untuk melakukan itu, biarpun ramai yang cakap susah tetapi saya berjaya.

Walaubagaimanapun, untuk Eddie beliau masih lagi dalam proses untuk berhenti merokok.

Eddie gembira tapi dia belum berhenti cuma mengurangkan merokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia boleh berhenti.

Bagus kalau Kak Mie ada usaha untuk berubah dan mahukan kesihatan yang lebih baik. Kami yakin satu hari nanti pasti Eddie juga akan berhenti sepenuhnya.

Sumber Berita : Utusan Online

February 13th, 2016

Meskipun bakal bernikah kali kedua bersama Eddie pada 26 Februari ini, Raja Azmi akui beliau ada rasa berdebar menanti hari perkahwinannya itu.

Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini.

Menurut Raja Azmi atau lebih mesra disapa Kak Mie, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan menumpukan pada perkara yang wajib sahaja.  Pasangan ini bakal bernikah di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan. Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula.

Soal jodoh ini tiada siapa boleh tahu, walaupun pernah bercerai sekali tetapi pasangan ini disatukan semula. Semoga perkahwinan Kak Mie dan Eddie kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

January 19th, 2016

Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tidak kemana. Raja Azmi yang sudah bercerai lebih daripada setahun bakal bernikah semula dengan bekas suaminya Eddie Ghazali pada 26 Februari depan.

Jelas Raja Azmi hatinya terbuka untuk menerima Eddie semula didalam hidupnya selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT ketika melakukan solat Istiqarah dan berharap kali ini perkahwinan mereka akan kekal selamanya.

Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat. Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja.

Malah, kesungguhan Eddie untuk mendapatkan beliau  semula selepas mereka berpisah membuatkan hati Raja Azmi lembut semula.

Kami bercerai setahun ini kami masih berkawan baik, banyak pengajaran yang saya dan dia dapat untuk perbaiki pada rumah tangga kali kedua ini. Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini.

Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insya-Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami.

Raja Azmi dan Eddie bakal mengadakan majlis akad nikah di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas solat Isyak.

Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013.

Raja Azmi sebelum itu pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya,  Puteri Suaida, dan Megat Deli.

Sumber Berita: mStar Online

September 16th, 2014

Baru 11 bulan bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali, Raja Azmi telah mengakui yang perkahwinan mereka kini semakin dingin dan renggang. Sedih Abang Nara mendengarnya. Iyerlah, orang kalau berkahwin nak kekal sehingga ke akhir hayat. Adakah Raja Azmi akan bercerai sekali lagi? Hanya masa yang akan menentukan namun daripada kata-kata yang diluahkan oleh Raja Azmi, nampak gayanya kemungkinan besar perkahwinan mereka akan berakhir.

raja azmi

Kata Raja Azmi menerusi Harian Metro hari ini:-

Pada tahap ini apa yang saya boleh katakan kalau jodoh kami masih panjang, mungkin akan bertahan. Jika dah tak ada, maka tidaklah. Saya akui rumah tangga kami semakin dingin dan renggang sekarang. Sebenarnya sudah sebulan kami membawa haluan masing-masing.

Namun setakat ini kami masih suami isteri dan belum sampai ke tahap berpisah. Cuma hati saya sudah tawar. Tak perlulah saya jelaskan apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Biar saya simpan dulu sampai masa yang sesuai nanti.

Kami sedang memberi ruang kepada satu sama lain memperbaiki dan mempertimbangkan setiap aspek sebelum buat keputusan. Jangan tuduh rumah tangga kami bermasalah sebab isu duit sebab ia tak ada kena mengena langsung. Eddie menjalankan tanggungjawabnya untuk nafkah saya sehabis baik.

Cuma adalah hal peribadi yang berlaku dan saya tak bersedia lagi untuk berkongsi dengan masyarakat

eddie

Semoga perkahwinan Raja Azmi dan Eddie dapat diselamatkan. Tak nak lah cerai-cerai nie. Tak best macam tue. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.