December 24th, 2014

Geramnya la eh tengok si kembar Nurul Syuhada Nurul Ain ini. Kalau korang tak tahu, anak Nurul ini seorang lelaki seorang perempuan. Yang lelaki namanya Raja Abdul Mateen manakala si baby girl pula dinamakan Raja Nour Emaan. Kalau anak seorang pun dah rasa habis comel, pastinya Nurul Syuhada dan suami tersenyum sentiasa melihat keletah comel anak kembar mereka.

anak nurul syuhada

Semoga si kembar ini membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa apabila dewasa kelak. Abang Nara nak berusaha anak kembar jugaklah tahun depan. Doa-doakanlah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anak nurul syuhada
anak nurul syuhada
anak nurul syuhada
anak nurul syuhada

September 22nd, 2014

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 hari ini, pengacara jelita Nurul Syuhada Nurul Ain telah menyampaikan berita gembira mengenai kelahiran anak kembarnya. Untuk informasi, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

nurul syuhada nurul ain

Nurul Syuhada Nurul Ain telah berkahwin dengan Raja Amir pada bulan Julai 2011. Menerusi panggilan telefon kepada MHI, Nurul Syuhada telah berkata:-

Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya.

nurul syuhada

Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada dan Raja Amir atas kelahiran anak kembar mereka. Alhamdulillah murah rezeki terus dapat sepasang anak. Semoga sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. Sama-samalah kita doakan. Info Myartis.

July 29th, 2011

One word. Awesome gila video perkahwinan Nurul Syuhada dan Raja Amir ini. Tabik kepada CST Production.

Tahniah buat Nurul Syuhada & Amir. Terima kasih kami ucapkan kerana memilih CST sebagai OFFICIAL VIDEOGRAPHER utk hari bahagia anda.CST PRODUCTION 03.4105.0843

Nanti anak Abang Nara kawin nak suruh CST Production buat jugaklah.

July 27th, 2011

Kata orang tua, kalau muka suami isteri itu lebih kurang sama, maknanya jodoh mereka berdua akan berkekalan forever and ever. Abang Nara tengok muka Nurul Syuhada dan Raja Amir nie memang sebijik gila. Meh la sama-sama kita doakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

nurul raja amir

Memang sebijik kan? Serupa tapi lain jantina. Kredit gambar kepada ManggaOnline.