Written by AbangNara | December 16th, 2014

Setiap tahun, Google selaku enjin carian paling hebat di cakerawala akan mengeluarkan statistik pencarian mereka. Untuk tahun 2014, Abang Nara agak kecewa kerana BeautifulNara tidak termasuk di dalam senarai. Tapi tak apa, tahun depan kalau tak ada juga Abang Nara nak resign terus. Hehehe. Apa pun, untuk tahun 2014, Felixia Yeap merupakan selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun.

felixia yeap

Untuk anda yang tidak mengenali gadis ini, Felixia Yeap telah pun memeluk agama Islam pada bulan Ramadhan tahun ini. Model yang pernah menghiasi beberapa majalah antarabangsa ini telah memilih nama Raisyyah Rania sebagai nama Islamnya. Sebelum memeluk Islam, Felixia Yeap telah pun terlebih dahulu bertudung dan menutup aurat menyebabkan namanya menjadi bualan. Amoi comel la katakan. Hehehe.
hanez suraya Di tempat kedua tak lain tak bukan ialah Hanez Suraya. Nama pelakon ini cukup popular sepanjang tahun 2014 kerana kontroversi dengan suami orang, Romie. Hanez juga telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta Liyana Manan, isteri kepada Romie agar meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya tahun 2014 adalah tahun yang kurang baik buat Hanez. Semoga tahun 2015 akan membawa sinar yang lebih cerah kepada pelakon jelita ini.

Berikut ialah 10 tempat teratas selebriti yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2014. Wak Doyok pun ada tau. Jangan main-main dengan kepopularitan abang berjambang ini.

felixia yeap

Ikuti juga senarai-senarai lain termasuk filem tempatan yang paling banyak dicari di Google 2014. Selamat membaca.

Written by AbangNara | August 21st, 2014

Menarik juga kajian yang dilakukan oleh Felixia Yeap atau lebih dikenali dengan nama Raisyyah Rania selepas memeluk agama Islam. Baru-baru ini Felixia telah berkongsi sekeping gambar dirinya di dalam sebuah kereta Porsche. Gambar tersebut menunjukkan tangannya sedang memegang stereng kereta mewah tersebut. Tujuan utama Felixia berkongsikan gambar ini ialah untuk mengalakkan dirinya bekerja lebih keras dan berkongsi rasa cintanya terhadap kereta.

felixia porsche

Walaupun dengan jelas sudah menulis Porsche tersebut adalah bukan miliknya, masih terdapat komen-komen yang tidak masuk akal diterima oleh Felixia. Antaranya Felixia dikatakan menjual diri untuk memperolehi kekayaan sebegini. Malah ada yang menuduh Felixia masuk Islam kerana mahukan kekasih kaya dan bersikap materialistik semata-mata. Felixia telah memberi komentarnya sendiri berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Agak menarik juga penemuan Felixia:-

What I noticed when I tried posting something out of the norm or what was “expected” of me as a newly reverted Chinese-Muslim.

Eg : Something like the picture of my hand on a Porsche steering. Which happened not to be mine, unfortunately. It was a show car.
(Bag is not valid for discussion/debate as it was bought with my own savings a few years back.)

Motive of posting : To encourage and remind myself to work harder, and to share my love for cars which I have always liked since I was in kindergarten.
Being a Muslim now does not mean one cannot indulge in what we used to love before we were Muslim, provided that it is not harmful or haram.

Feedbacks from SOME Muslims :
They tend to zoom into my nails, hand socks and other really small pictures of the picture. They are the ones who expect perfection in a newborn Muslim and that is why our dakwah fail at this point. People would never be perfect and people are afraid to be given the hard pressure to be perfect. Some commented just based on seeing my hand on a luxury car steering lock and not by reading/understanding what was written in the post. Things like calling me Cina bukit melalak, show off, etc.

Feedback from SOME non-Muslims :
They tend to go all hyped up (again also without reading) by assuming I’m selling myself for luxury stuffs and assuming that is why I reverted into Islam. Again, they take one glance of just one picture and ignored all the rest of pictures about the religion that I have been posting and just fire their guns blindly. Happy that they found a “proof” to back up their incapabilities to understand why a Malaysian Chinese girl would suddenly revert into Islam without any materialistic reasons or gain. Some commented vulgarities like I’m selling my ***** and all. One even tried to do reverse psychology and blindly claim and made Islam look like a religion where one is not allowed to enjoy anything from the world. Islam actually encourage one to be successful in the world and afterlife. It’s a balanced religion. That is why we like to wish newborns with “Semoga berjaya di dunia dan akhirat”.

Terribly sorry if this is too frank or hurt anyone’s feeling here.
THANK YOU to those who stood up with a clear mind and understood the greater good of my postings. You guys rock!!!

Again, the Porsche unfortunately isn’t mine…and even if it’s mine, you should be happy. It shows that reverting into Islam does not stop your rezeki and income. That my friend, is already a dakwah point.

Allahuakhbar.

felixia porsche

Biasalah manusia memang begitu. Ada je yang tak puas hati dengan orang lain. Ini memang asam garam kehidupan. Anggap sahaja sebagai satu ujian. Apa pun Abang Nara agak kecewa kerana berdasarkan pemerhatian Abang Nara sebentar tadi, gambar-gambar lama Felixia Yeap masih ada dan tidak dibuang seperti yang dijanjikan. Untuk makluman, Felixia sebelum ini berjanji akan membuang gambar-gambar seksi miliknya sebelum Ramadhan. Sekarang ini Syawal pun dah nak habis. Mungkin Felixia terlupa. Harap-harap boleh disegerakan.

Written by AbangNara | July 13th, 2014

Suci murni sungguh niat saudara baru kita ini. Seperti jutaan umat Islam di Malaysia, Felixia Yeap atau kini dikenali dengan nama Raisyyah Rania melahirkan rasa sedih, kecewa dan pilu melihat kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin. Menerima serangan tanpa henti dari Israel sehingga menyebabkan kanak-kanak Gaza terbunuh memang membuatkan hati umat Islam membara dengan kekejaman itu.

fekk

Menggunakan medium blognya, Raisyyah Rania melahirkan rasa ingin berjuang di Palestin dan mati syahid di sana. Mati syahid sesungguhnya memang diimpikan oleh setiap insan beragama Islam. Dapat masuk syurga tanpa dihisab sememangnya idaman setiap orang. Kagum Abang Nara dengan keberanian Raisyyah Rania yang ingin berjuang menentang keganasan Israel di Gaza. Dengan tajuk “Biarlah Palestin Menang”, Raisyyah Rania menukilkan tulisan yang penuh sayu.

Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia…dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
“Boleh saja!”, teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!

fekk

Insya Allah sama-samalah kita membantu saudara kita di Gaza dengan cara masing-masing. Kalau rasa nak derma, boleh derma. Sudah banyak cara yang diberikan. Boleh derma ikut SMS lagi sekarang ini. Kalau nak boikot pun boleh boikot, Buatlah yang mana termampu. Yang pasti, banyakkan berdoa agar kemenangan menjadi milik kita. Insya Allah makbul lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga saudara-saudara kita di Palestin akan terus berjuang. Amin!!!