Written by Bella | April 17th, 2017

Perkahwinan Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang diadakan secara tertutup dan tidak menjemput pihak media membuatkan ada antara mereka yang berkecil hati dengan pasangan selebriti tersebut. Sebagai teman rapat, Rahim menasihati Jep agar bersikap lebih matang selepas ini termasuklah menjaga hubungan baik dengan pihak media.

Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu. Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini.

Dalam pada itu, Rahim berharap gabungan beliau bersama Jep dan Shuib sebagai penyampai radio dalam segmen Sepahtu Sinar akan kekal lebih lama meskipun mereka kadang kala ada berselisih faham dalam mengutarakan pendapat masing-masing.

Kerja dengan siapa pun ada masalah. Saya tidak nafikan di radio pun kami pernah berselisih pendapat tetapi saya percaya pada rezeki. Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka.

Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih.  Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya.

Sebagai teman rapat Jep, Rahim pasti mahukan yang terbaik buat rakannya itu. Kawan yang baik adalah mereka yang saling menegur kesilapan masing-masing dan memperbaiki diri mereka. Iyalah, artis dan pihak media juga sebenarnya memerlukan antara satu sama lain, tidak salah untuk Jep  memberikan sedikit komen ataupun berkongsi tentang hari bahagianya itu.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE