July 10th, 2020

Mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi, pelakon jelita Fasha Sandha yang kini sarat hamil bagai teruja menantikan anak sulungnya bersama pelakon Aidil Aziz.

fasha sandha bakal timang anak perempuan

“Another drama queen,” itu merupakan jeritan Fasha menerusi sepotong video yang dirakamkan oleh usahawan kosmetik Rita Sosilawati.

Malah, Fasha yang baru pulang daripada percutian ‘babymoon’ bersama Aidil dan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di Langkawi itu turut memuat naik beberapa entri di laman Instagramnya yang terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis baby shower tersebut.

“Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini. Pastinya tak mudah dan saya sangat berterima kasih.”

Majlis baby shower Fasha itu turut dihadiri keluarga dan sahabat karibnya.

fasha sandha bakal timang anak perempuan

Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon tampan Aidil pada Mac tahun lalu, malah  kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.

Menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Fasha dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

January 9th, 2017

Hampir setahun bercerai dengan bekas suamianya Jejai, kini pelakon Fasha Sandha telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan berharap akan bertemu jodoh serta berkahwin sebelum anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima meningkat dewasa. Namun, buat masa ini Fasha belum mempunyai sebarang teman istimewa kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Bukan tidak berjumpa lelaki lain, tetapi ketika ini, saya takut tidak dapat memberikan komitmen kerana lebih mengutamakan kerjaya seni. Usia saya akan memasuki 33 tahun tidak lama lagi, saya berharap jodoh saya sampai sebelum anak-anak terlalu besar.

Ketika ini, anak-anak masih belum faham situasi yang ayah dan ibu mereka lalui ini. Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh nanti, saya akan terima.

Menurut Fasha, buat masa ini juga, masih belum ada jejaka yang menghampiri dirinya dan Fasha juga masih ingin memberikan fokus buat anak-anaknya terlebih dahulu.

Alhamdulillah, belum ada lelaki yang cuba mendekati untuk mengambil kesempatan hanya kerana saya ibu tunggal. Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal juga sudah berubah.

Sebagai ibu tunggal, kita perlu tunjukkan yang kita boleh bekerja dan berdikari supaya orang memandang tinggi serta jangan sesekali menunjukkan diri sebagai insan yang lemah.

Apa yang terjadi pada waktu lalu bukanlah penamat untuk Fasha Sandha mencari kebahagiaan bersama orang lain pula. Siapa tahu jika ada jodoh Fasha selepas ini ia akan kekal sehingga akhir hayatnya. Apa yang penting, lelaki itu dapat mencintai Fasha seadanya dan menyayangi anak-anak Fasha seperti anak sendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

May 12th, 2013

Sukarnya menjadi seorang selebriti. Pantang lepas bersalin pun ada orang nak pantau. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi popular. Terbaru, ramai yang risau apabila Fasha Sandha dilihat tidak memakai stokin ketika berpantang. Tak elok kata mereka.

fasha sandha

Apa yang membuatkan Abang Nara respek kepada Fasha ialah kesanggupannya untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para peminatnya. Kalau artis lain mungkin buat tak tahu sahaja, tetapi Fasha siap buat penjelasan lagi. Respek betul. Jelas Fasha:-

Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs

fasha sandha

Wife Abang Nara dulu pun berpantang ikut cara sendiri. Tak adalah pantang sangat terutama bab pakaian. Setiap orang memang ada cara masing-masing sebab bahan bacaan berbeza-beza. Kalau ikut cara orang tua, mungkin teknik pantang lebih tegas. Apa-apa pun yang penting si pemantang gembira. Tak gitu?
fasha sandha

4 lagi gambar terbaru si comel Putera Rayfal Ramli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha
fasha sandha