July 16th, 2020

Mendedahkan dirinya memilih untuk merujuk dengan individu yang lebih selesa iaitu Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya, usahwan kosmetik sensasi, Safiey Illias menyatakan beliau tidak mempunyai sebab yang jelas untuk bertemu dengan Pencetus Ummah (PU) kerana merasakan ini sekadar untuk pemasaran.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

Menurut Safiey yang mempunyai kenalan dari pejabat agama, niatnya bukan mahu berlagak, namun memilih untuk tidak mahu melibatkan orang ramai dengan masalah yang menimpa dirinya.

“Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja.”

Katanya, di laman Instagram sudah terpapar nombor untuk dihubungi, namun PU tersebut seakan tidak boleh menghubunginya secara peribadi dan mempersoalkan adakah individu terbabit hanya tahu mengemaskini status semata.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

Bahkan, pelantun lagu Syinta Gila itu juga turut akui suka dengan cara Ustaz Ebit dalam menyampaikan dakwah kerana memilih untuk tidak mengulas isu terbabit di platform miliknya.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

“Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima. Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni. Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu.”

Terdahulu Safiey menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya. Malah, beliau juga dijemput oleh PU Syed untuk bersemuka bersama Nur Sajat di Ipoh, Perak.

Sumber: Gempak