December 26th, 2014

Semalam telah pun berlangsung Mimbar Akhir Pencetus Ummah(PU) musim kedua. 4 peserta iaitu Azman, Lokman, Faiz dan Yusof telah berentap untuk merebut gelaran juara program realiti berbentuk Islamik ini. Setelah membuat persembahan masing-masing, akhirnya rezeki memihak kepada Azman. Pakar motivasi yang berusia 33 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara PU musim kedua.

juara pencetus ummah musim kedua

Azman menerima RM100, 000 beserta pakej umrah, pakej percutian pelayaran kapal mewah serta trofi. Tempat kedua disandang oleh Faiz, di tempat ketiga ialah Yusof dan tempat keempat ialah Lokman. Selain menerima wang tunai, setiap peserta turut sama menerima pakej umrah dan pakej percutian pelayaran kapal mewah, al-Quran dan trofi.

juara pencetus ummah musim kedua

Semoga dengan kemenangan ini akan membakar lagi semangat PU Azman dan peserta-peserta lain untuk terus mengembangkan usahakan dakwah mereka. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program Pencetus Ummah. Semoga musim hadapan akan lebih baik lagi.