April 10th, 2020

Tidak dinafikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang terasa agak bosan, tidak tahu hendak buat apa di rumah. Oleh itu, boleh dilihat di media sosial ramai orang sudah terjebak dengan aplikasi TikTok, macam-macam gaya yang ada mengikut kreativiti masing-masing.

pu amin

Namun, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) menasihati orang ramai untuk tidak terlalu berseronok ketika waktu negara kita dan dunia ditimpa benca sebegini.

Gunakanlah masa lapang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melakukan ibadah dan amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran dan selawat. Janganlah melakukan perkara yang sia-sia.

pu amin tiktok

Menurutnya, tidak salah untuk merakam video sedang berjoget tetapi janganlah dipertontonkan kepada khalayak ramai. Pada ketika ini, kita seharusnya bermuhasabah diri dan cuba untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Perkongsian dan nasihat PU Amin itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen. Ada juga yang sempat menyindir seorang menteri yang menggalakkan orang ramai untuk menyertai pertandingan TikTok.

pu amin tiktok pu amin tiktok

Menerusi satu sidang media khas petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh perlaksanaan PKP yang telah berlangsung sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April hadapan.

Sumber Berita : Forum CARI

February 6th, 2020

Perbuatan tidak bertanggungjawab Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, berpakaian seperti seorang wanita di Tanah Suci bukan sahaja hangat di perkatakan di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian pihak berkuasa Arab Saudi. Apa yang dilakukan oleh Sajat memberikan impak besar di masa hadapan,  jemaah dari Malaysia akan mempunyai masalah untuk menunaikan ibadah umrah.

sajat keluar mekah

Melihat apa yang berlaku kini, Pencetus Ummah Amin berpendapat Sajat harus membuat permohonan maaf secara terbuka. Tindakan itu penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi.

Katanya lagi, tindakan Sajat menceroboh masuk di kawasan solat wanita sememangnya tidak boleh diterima. Sudah melanggar undang-undang kerana Madinah dan Makkah merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

pu amin mahu sajat mohon maafPada masa yang sama, PU Amin juga meminta Sajat dan kawan-kawannya mendedahkan jantina sebenar bagi mengelakkan salah faham atau mengundang fitnah. Jika benar seorang wanita tunjukkan bukti kepada umum.

Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.

February 4th, 2020

Semalam, pihak agensi pelancongan yang membawa Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman bersama keluarga dan rakan-rakan mengerjakan umrah telah mengesahkan bahawa rombongan usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci. Ia susulan kontroversi Sajat mengenakan pakaian seperti wanita tulen dan bertelekung ketika di Makkah yang kini cukup hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian kerajaan.

sajat makkah

Namun, agak mengejutkan apabila Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif, mendedahkan Sajat sebenarnya masih lagi berada di Masjidil Haram. Eh! Jadi dia tidak pernah dibawa keluar dari Makkah?

Lengkap bertudung sedang buat ibadah Saie

sajat masjidil haram sajat masjidil haram

Jemaah lain yang mengikuti rombangan PU Amin turut menjadi saksi, mereka melihat Sajat lengkap bertudung dan sedang melakukan ibadah Saie.

PU Amin berkata berita mengenai dakwaan Sajat ditangkap dan sudah pun dibawa keluar dari Tanah Suci adalah tidak benar sama sekali.

sajat pakai telekung umrah

Terdahulu, agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah Sajat berkata usahawan itu sudah tidak lagi berada di Makkah. Jurucakap agensi terbabit juga mendakwa Sajat serta ibu bapanya enggan memberikan kerjasama dan sukar diajak berbincang. Sebarang perbincangan di antara agensi pelancongan dengan  Sajat hanya dilakukan melalui orang tengah, iaitu pembantu peribadinya.

February 3rd, 2020

Kontroversi Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita nampaknya sudah mendapat perhatian pihak kerajaan.

sajat pakai telekung umrah

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, tindakan usahawan kosmetik itu dan rakan-rakannya bertelekung dan berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.

mujahid kesal sajat

Datuk Seri Mujahid berkata beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah. Sepatutnya agensi tersebut sedia maklum dengan status jantina Sajat yang masih lagi menjadi tanda-tanya dan mungkin dia akan mencetuskan kontroversi.

Terdahulu, Pencetus Ummah (PU), Amin yang kini berada di Tanah Suci berkata bukan sahaja rakyat Malaysia, sebaliknya, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah khabarnya sudah mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

sajat umrah

Penguatkuasa di sana memberi amaran agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang dilaknat di tempat suci dan ibadah. Tindakan Sajat dikatakan memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Malay Mail