October 4th, 2019

Untuk pengetahuan anda, Mentor Milenia 2019 akan mula ditayangkan pada 6 Oktober ini pukul 9 malam menerusi saluran TV3. Pada musim ini, lima penyanyi yang dipertanggungjawabkan menjadi mentor ialah Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama, Ernie Zakri dan Stacy. Selain itu, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet telah dilantik sebagai juri tetap.

Yang menariknya untuk musim kali ini, salah seorang daripada 20 protege yang terpilih adalah anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Muhd. Syakir Alif.

Alif mengaku gusar kerana ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepadanya kerana ibu dan bapanya merupakan orang seni yang berbakat besar dan dikenali ramai. Pun begitu dia berjanji akan melakukan yang terbaik.

alif johan dituduh guna cable masuk mentor

Dia juga tidak melatah apabila ditanyakan mengenai isu sama ada dia menggunakan nama ibu bapanya itu bagi mendapatkan tempat dalam program realiti ini.

Tertekan juga biarpun masih dalam kelompok 20 terbaik ramai sebenarnya sudah meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana latar belakang saya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan saya terpilih kerana ‘cable’ (pengaruh arwah bapa). Ibu pula seorang penyanyi berpengalaman. Saya juga melalui proses sama seperti orang lain. Beratur, pergi ujibakat dan sebagainya.

Sebenarnya, saya rasa sangat kecil kerana mereka yang tersenarai dalam kelompok 20 terbaik ini hebat-hebat belaka. Masih terlalu awal namun saya akan melakukan yang terbaik.

alif johan nafi guna nama nora dan johan nawawi masuk mentor

Ibunya iaitu Nora juga tidak lupa untuk menitipkan nasihat kepada anak lelakinya itu supaya dapat ‘survive’ dalam industri ini.

Dia (ibu) pesan jangan terlalu layan kritikan netizen. Kena kuat kerana kecaman akan sentiasa ada tapi saya perlu belajar untuk mengendalikannya. Selain itu, ibu pesan jangan minum ais dan perlu buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Alif juga sedar bahawa selain bakat, penampilan juga merupakan aspek yang penting jika mahu menjadi selebriti. Dia juga tidak segan untuk mendedahkan proses dietnya.

Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini.

Kalau setakat guna ‘cable’, susah nak hidup dalam industri ini. Bakat dan usaha bersungguh-sungguh seharusnya menjadi aset untuk kekal lama sebagai seorang selebriti.

Sumber: Kosmo! Online

January 27th, 2015

Konsert Mentor Legend Battle ketiga telah berlangsung beberapa hari lepas di antara Fahmie, Sarah dan Tuah daripada kumpulan A.

Setiap protege dikehendaki berduet bersama dengan artis undangan pilihan mereka. Protege Mas Idayu iaitu Tuah telah menjemput Adira sebagai pasangan duetnya.

Namun Tuah telah disingkir dari Mentor minggu lepas walaupun menampilkan persembahan yang baik. Akibatnya, ramai peminat mempertikaikan keputusan juri dan ada jua yang mengugut untuk memboikot program itu.


 photo tuah3.png
 photo tuah2.png
 photo tuah1.png

Ramai berpendapat Juri menyingkirkan Tuah kerana dia tidak mempunyai kelebihan rupa walaupun memiliki vokal yang mantap.

Dalam pada itu, Adira selaku peyanyi jemputan terjatuh ketika meninggalkan pentas, mungkin disebabkan kainnya yang meleret. Namun begitu dia diangkat oleh Awal Asaari yang gentleman.


 photo Adira-Jatuh.jpg

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah, namun pendapat penonton juga kadangkala perlu diambil kira, ya tak? Banyak komen mempersoalkan keputusan juri telah dihantar oleh penonton ke Facebook program itu dan ada yang mengharapkan Tuah akan diserap kembali.

Bagaimanapun, segalanya bergantung pada penerbit rancangan tersebut, memandangkan peserta pertandingan realiti diserap semula selepas tersingkir bukan tidak pernah dibuat sebelum ini (ahem, Akademi Fantasia). Tak gitu?