August 17th, 2016

Hari ini episod pertama program realiti khas Lara Alana yang bertajuk Lara Oh Lara akan menemui penonton di saluran Astro Ria.

Sebagai bapa, Awal Ashaari akui beliau ada merasa sedikit gementar dengan penerimaan orang ramai terhadap program realiti anaknya itu.

Sebagai pasangan yang baru sahaja bergelar ibu bapa, saya dan isteri rasa gementar menantikan penerimaan orang ramai yang bakal menyaksikan LOL. Program ini memaparkan cara kami mendidik dan membesarkan Lara.

Cara mengasuh anak berbeza. Mungkin ada perkara yang kami buat tidak sama dengan ibu bapa lain. Ada perkara dan cara asuhan sesuai dengan kami, tetapi mungkin juga tidak sesuai dengan orang lain.

Awal juga mengatakan tujuan beliau bersetuju untuk anaknya mempunyai program realiti sendiri  adalah kerana ingin berkongsi kehidupan seharian Lara dengan peminatnya.

Ini kerana, peminat Lara setiap hari meminta beliau dan isteri Scha Al-Yahya untuk memuat naik video serta foto Lara ke Instagram meskipun mereka pada waktu itu sibuk. Jadi , ini adalah peluang untuk peminat untuk mengetahui setiap perkara yang Lara lakukan.

Lara Oh Lara yang akan bersiaran selama 13 episod pada setiap Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai hari ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

August 12th, 2016

Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu  Lara Alana nampaknya mengalahkan populariti anak selebriti lain apabila beliau kini sudah ada program realiti sendiri.

Program berkenaan yang bertajuk Lara Oh Lara bakal menemui penonton mulai 17 Ogos ini jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Berikut sedikit sedutan video promosi untuk program Lara Oh Lara :-

Wah, kecil-kecil lagi Lara sudah mempunyai program beliau sendiri. Nampaknya, tidak mustahil satu hari nanti beliau juga akan aktif dalam bidang seni seperti ibu bapanya. Lepas ini peminat Lara boleh lah melihat bagaimana kehidupan seharian beliau.

March 9th, 2016

Keletah comel Lara Alana telah memikat hati jutaan para peminatnya. Awal Ashaari dan Scha Al Yahya juga seringkali mendapat pujian kerana sudi berkongsi perkembangan Lara Alana sejak dari kecil sehinggalah sudah berusia hampir 2 tahun. Walaupun ada dihimpit satu dua kontroversi, ia tidak mematahkan semangat Awal dan Scha. Lebih menarik, jumlah pengikut Instagram Lara Alana kini sudah pun mencecah 1.5 juta orang. Ramai sungguh.
lara alana

Buat pengikut setia keluarga ini, ada berita baik untuk anda semua. Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana kini dalam perbincangan untuk mewujudkan sebuah program khas untuk berkongsi pengalaman mereka membesarkan si comel itu kini berusia satu tahun tujuh bulan. Untuk makluman, Awal dan Scha sering mendapat emel daripada ibu bapa yang bertanyakan cara mereka membesarkan Lara Alana. Kata Awal:-

Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep ke-ibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan.

Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga.

Melalui e-mel kami berdua sering ditanya soalan-soalan berkaitan anak, contohnya bagaimana kami sekeluarga bercuti ke luar negara dan apa makanan yang diberi kepada anak. Jadi saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa.

lara alana

Abang Nara dah dapat bayangkan keletah comel Lara Alana sekiranya program realiti ini menjadi kenyataan. Tentu ramai yang akan jatuh cinta melihat gelagat Lara Alana. Kalau program ini menjadi kenyataan, sudah tentu ia akan menjadi fenomena seperti program Korea “Superman Returns”. Tak sabar rasanya. Diharap perbincangan tersebut akan membuahkan hasil yang positif. Sama-sama kita nantikan. Sumber Utusan Malaysia.