March 11th, 2020

Tindakan pengacara Nabil Mahir, menyuap pisang ke dalam mulut kekasihnya, Ayda Jebat mengundang kritikan orang ramai.

nabil ayda jebat pisang

Menerusi ruangan kapsyen, Nabil memberitahu, dia bertindak demikian kerana cinta hatinya itu seorang yang susah untuk makan buah-buahan. Namun, foto tersebut sebenarnya mengundang rasa pelik ramai sehingga ada yang fikir bukan-bukan.

Ini kerana, ‘pisang’ mempunyai maksud tersirat yang sering dikaitkan sebagai simbol organ seksual lelaki.

“Tak ada buah lain nak sumbat?”

Rat-rata netizen menyifatkan tindakan itu tidak senonoh dan seolah-olah cuba untuk meraih perhatian.

nabil ayda jebat pisang nabil mahir dikecam sumbat ayda jebat pisang nabil ayda jebat pisang

“Suka jatuhkan imej wanita”

Ada pula yang beranggapan Nabil sengaja melakukan provokasi bagi mendapatkan reaksi orang ramai, ingin nampak sebagai seorang teman lelaki yang ‘cool’ tetapi hakikatnya tidak dan menyifatkannya seorang lelaki yang suka menjatuhkan imej wanita.

nabil mahir pisang nabil mahir pisang nabil ayda jebat pisang

Tidak dinafikan perangai pasangan ini memang ‘gila-gila’. Selagi mereka tengah angau bercinta, memanglah akan tunjuk kemesraan dengan umum. Layankan je lah dan semoga mereka ini cepat-cepat naik pelamin kalau ada jodoh agar tidak lagi mengundang kritikan mahupun salah faham ramai.