Written by AbangNara | January 15th, 2014

Sedih sungguh dengan apa yang terjadi namun ini adalah ketentuan daripadaNya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa pun, jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Pierre Andre dan isteri yang terpaksa mengugurkan kandungan mereka yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin.

isteri pierre andre

Yang penting, isteri Pierre, Nurhidayah tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pengguguran dilakukan. Kata Pierre kepada Utusan Malaysia:-

Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki,.

isteri pierre gugur kandung

Anggaplah ini sebagai satu dugaan buat anda berdua. Insya Allah di masa hadapan akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Takziah buat Pierre dan isteri. Kuatkan semangat anda.

P.S: Perodua sasar 4,300 jualan untuk Alza baru

Written by AbangNara | November 21st, 2013

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.

villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

david teo

Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.

Written by AbangNara | June 27th, 2013

Rupa-rupanya Abang Nara tidak berkongsi lagi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Pierre Andre dan Nur Hidayah yang telah berlangsung Ahad lalu untuk tatapan anda semua. Untuk makluman, Nur Hidayah atau lebih dikenali dengan nama Yaya merupakan seorang model sambilan. Untunglah Pierre dapat kahwin dengan model (ayat gurau ye).

pierre andre

Memang kedua-dua pasangan ini sama cantik dan sama padan. Abang Nara suka dengan video sekitar majlis pernikahan yang telah dihasilkan oleh Anakwayang AW. Comel sangat!!

Semoga Pierre dan Yaya akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi 29 keping gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook MyCuteMoment.
bestbuyP.S: Memang terbaik harga yang ditawarkan di BestBuyWorld ini. Memang lebih murah daripada harga pasaran. Memang jimat sungguh kalau shopping kat sini. Terbaiklah BestBuyWorld!!! Jom LIKE Facebook BestBuyWorld untuk keep updated promosi-promosi awesome dari mereka.

 
Written by AbangNara | June 24th, 2013

Dengan hanya sekali lafaz, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun , sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah, 26 tahun pada hari Ahad lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

gambar perkahwinan pierre andre

Majlis pernikahan dijalankan dalam keadaan sederhana dengan dihadiri oleh lebih kurang 200 tetamu. Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang. Mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki.

gambar perkahwinan pierre andre

Jutaan tahniah diucapkan kepada Pierre Andre dan Nur Hidayah atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan. Lagi 4 keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

bestbuyP.S: Murah gila barang-barang kat Best Buy World Malaysia nie. Barangan pun ada banyak pilihan. Memang kelabu mata dibuatnya. Seronok sungguh bershopping di sini. Korang pun jangan ketinggalan. LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk melihat sendiri.