February 17th, 2020

Sekian lama bersama mengharungi segala suka dan duka, tentu sekali Achey dan Fad terasa begitu sedih dengan pemergian arwah Abam. Kehilangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma hati rapuh yang menangis.

fad achey

Lebih menyayat hati apabila Fad, tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan sahabatnya itu kerana dia berada di Jepun bersama keluarganya.

Namun, ada netizen yang mengkritik video tangisan Achey dan Fad yang dirakam dan dimuat naik di Instagram tidak seharusnya dilakukan. Nampak sedikit “murahan” apabila meratap sebegitu.

fad achey

Tampil menjawab kritikan tersebut, Fad berkata mereka bukan merintih atau meratap dengan kematian Abam tetapi berkongsi kenangan bersama arwah kerana terlalu rindu.

Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

fad achey dikritik ratapi pemergian abam

Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu. Kalau tak suka boleh sekat atau ‘unfollow’ kami. Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah.

Pemergian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari, merentap separuh jiwa dua rakan seperjuangannya itu yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri.

abam bocey

Terdahulu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Sumber Berita : Harian Metro

February 11th, 2020

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey merentap separuh jiwa dua rakan seperjuangannya, Achey dan Fad yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri. Mereka setia bersama dikala susah dan senang.

abam bocey meninggal dunia

Berduka dengan kehilangan Abam, Achey menerusi akaun Instagram telah memuat naik “gurauan” sedih yang menjadi kenyataan. Ibarat pesanan terakhir Allahyarham buat sahabat baiknya itu.

Ketika ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Abam menitip pesan agar Achey menguruskan jenazahnya jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

pesanan terakhir abam

Menerusi kapsyen, Achey berkata dia telah menunaikan “permintaan” serta amanat Allahyarham untuk mengebumikannya.

Terdahulu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.