November 18th, 2017

Pasangan sama cantik sama padan Izara Aishah dan Adib Khalid telah menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim untuk majlis pernikahan mereka
.

Namun begitu, cakap-cakap yang timbul ialah kerudung atau penutup kepala yang dikenakan Izara terlalu keras. Ada yang secara sinis mengatakan Datuk Rizalman terlupa merendam penutup kepala tersebut dengan pelembut fabrik dan ada juga yang lebih brutal mengatakan Rizalman menggunakan kain lapik meja.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Berikut ialah komen yang ditinggalkan di Instagram Rizalman:

Screenshot_2017-11-18_094130

Screenshot_2017-11-18_094153

Screenshot_2017-11-18_094203

Screenshot_2017-11-18_094242

Screenshot_2017-11-18_094307

Screenshot_2017-11-18_094320

Namun penulis tertarik dengan komen seorang pengguna Instagram yang mengatakan apa yang dikenakan oleh Izara bukan veil, sebaliknya kerudung yang juga sering digunakan dalam perkahwinan melayu klasik serta perkahwinan orang India.

Screenshot_2017-11-18_094351

Screenshot_2017-11-18_094507

Screenshot_2017-11-18_094525

Screenshot_2017-11-18_094538

Screenshot_2017-11-18_094547

Screenshot_2017-11-18_094607

Apa pun, penulis nampak okay saja Izara mengenakan  kerudung tersebut, kerana ia berbeza dan klasik. Tambahan pula yang mengenakannya ialah Izara yang cantik manis. Kalau penulis yang pakai memang tak secantik dia rasanya.

Walaupun menerima kritikan Netizen, mereka yang arif mengenai high-fashion menjangkakan kerudung Izara bakal menjadi trend ikutan ramai yang dicetuskan melalui majlis pernikahan ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Izara dan Adib. – beautifulnara.com

September 14th, 2017

Baru-baru ini Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali di kalangan kita semua sebagai Datuk Seri Vida telah mengumumkan akan berkolaborasi dengan jenama pereka Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan rangkaian beg tangannya sendiri yang dinamakan DSV-LV.

Lapor BERNAMA, rekaan beg tangan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan. Dalam laporan itu, DSV memberitahu:

Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya. Jadi, untuk kali ini, saya bekerjasama dengan LV.

Tambah DSV, dia akan memastikan rekaan beg tangan yang bakal dipasarkan cantik, ‘rare’ dan unik khusus untuk peminat-peminatnya yang berada di Asia Tenggara. Beg tangan itu juga harus mempunyai ‘bling bling’ dan ‘sling’.

Dalam laporan itu yang boleh dibaca di Portal BERNAMA,  juga diberitahu bahawa kolaborasi ini menjadikan DSV sebagai wanita pertama Asia Tenggara berjaya menambat hati LV, selain diangkat sebaris dengan personaliti lain yang pernah diberi penghargaan oleh jenama popular tersebut untuk berkolaborasi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bagaimanapun, seorang pembaca BeautifuNara telah menulis emel kepada pihak Louis Vuitton di melalui laman web rasmi mereka mengenai kesahihan kolaborasi tersebut. Menurut pembaca itu, emelnya telah dibalas oleh pihak Louis Vuitton yang memberitahu mereka tiada perancangan projek kerjasama secara rasmi dengan DSV.

Screen_Shot_2017-09-14_at_2.35.21_PM

Screen_Shot_2017-09-14_at_2.35.42_PM

Namun begitu, melalui emel itu, wakil LV, Tracy Then, memberitahu bahawa LV menawarkan kepada para pelanggan untuk  menempah produk-produknya dengan meletakkan mencetakkan abjad pertama nama pelanggan mereka pada produk tersebut. Kata Tracy:

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh pelanggan (DSV) itu.

Contoh rekaan beg yang ditempah itu ialah seperti di bawah:

Sebelum ini, DSV tidak menyembunyikan minatnya terhadap produk LV. Dia memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi foto-foto yang dimuat naik menerusi akaun Instragram miliknya.

LV sebelum ini pernah berkolaborasi menghasilkan rekaan produk dengan jenama Fragment milik pereka Jepun Hiroshi Fujiwara, kolaborasi dengan artis dan penulis seni kultus Jepun Yayoi Kusama, artis seni kontemporari Jepun Takashi Murakami, artis seni kultus Jeff Koon untuk koleksi Masters dan label fesyen Supreme yang diasaskan oleh pereka James Jebbia. –beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram DSV

September 30th, 2015

Pasti ramai berpendapat entri ini tidak sesuai untuk disiarkan di BeautifulNara kerana ia bukan berkenaan artis, namun sebenarnya ia sedikit terkait dengan seorang artis maka kami menulisnya di sini.

 photo design.jpg

Seorang wanita di Twitter mendakwa membayar sebanyak RM 380 untuk membeli sehelai gaun yang dijahit oleh seorang pereka yang dikatakan berhutang dengan Eina Azman. Bagaimanapun, dia mendedahkan rekaan baju itu terlalu biasa untuk harga yang dibayarnya lalu mendedahkan tentangnya melalui Twitter.

 photo 1.png
 photo 2.png
 photo 3.png
Okay, abaikan tatabahasa Inggerisnya, ini ialah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Harga RM 380 untuk satu pakaian yang cantik dari seorang pereka yang pernah bekerja untuk selebriti sememangnya murah.

Jadi ada yang menganggap hasil itu sesuai dengan harga yang sudi dibayar oleh wanita yang mengupah tersebut. Namun begitu, untuk berlaku adil, hasil kerjanya sememangnya agak mengecewakan, seolah-olah rekaan yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam dan boleh dikatakan mahal untuk harga RM 380. Apa pendapat anda?

Lihat gambar yang lebih jelas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015


 photo CQAEMt-UkAATGez.jpg
 photo CQAEOCIU8AAa9U_.jpg