June 30th, 2020

Pengurus kepada aktress Fazura, Iman Tang seakan memberi bayangan kepada peminat bahawa pasangan sensasi itu bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober nanti.

Iman dilaporkan telah membuat perkongsian berkenaan di laman instagram miliknya selepas memenuhi jemputan makan malam yang dianjurkan Fazura.

Dia turut memaklumkan bahawa kini Fazura berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.

“Syukur Alhammdullilah Mommy and baby sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!”

Iman dikatakan telah memberi bayangan bayi yang bakal dilahirkan Fazura adalah berjantina lelaki kerana telah memasukkan figura dua kumpulan bola sepak terkenal yang lebih sinonim kepada permainan lelaki.

Namun, ketika ditemui Astro Gempak, dia tidak menyangka ramai peminat menganggap entrinya itu sebagai memberi ‘hint’ pasangan tersebut akan menimang cahaya mata lelaki.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah dalam entri tu. Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz sebagai penyokong Liverpool tak kiralah lelaki atau perempuan. Lagipun Fazura dan Fattah masih belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka nak buat check-up,”

 Sebelum ini, Fazura dan suaminya Fattah Amin telah membuat keputusan untuk tidak mengumumkan jantina bayi sehinggalah dilahirkan. Pasangan ini turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan kesihatan Fazura dan dipermudahkan urusan melahirkan kelak.

Advertisement