February 28th, 2018

Pelancaran koleksi tudung #BeLofa oleh Naelofar Hijab malam Isnin lepas telah menimbuikan kontroversi dan dikecam hebat Netizen kerana tempat itu dikatakan tidak sesuai untuk melancarkan tudung. Daphne Iking, selaku pengacara malam tersebut bagaimanapun telah membuat penerangan di ruangan komen akaun Instagramnya yang memberi gambaran mengenai majlis itu.

Daphne menulis:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ia diterjemahkan sebagai:

Sebab saya ada di situ mengacarakan majlis itu di lokasi itu, saya rasa perlu untuk katakan sesuatu di sini. Lofa memang sudah menjangkakan kecaman dan dia memberi penerangan kepada kami semua mengapa lokasi itu dipilih.

Mereka sudah meninjau lokasi lain, cuma melihat secara keseluruhan–bajet, logistik dan praktikaliti dalam pelaksanaan– lokasi itu ialah pilihan terbaik. Tiada alkohol dihidangkan. Tiada siapa merokok, yang hisap vape pun tak ada (dari apa yang saya nampak).

Tiada poster atau apa-apa tanda berkaitan alkohol atau rokok yang dipamerkan. Pasukan yang menyiapkan lokasi telah pastikan semua itu. Apa yang orang luar tidak dapat lihat ialah lapan video yang ditayangkan, menunjukkan lapan orang mentor ikonik yang diidolakan oleh Lofa. Dia kongsi lapan teks “BE” yang memberikan inspirasi.

Tarian itu ialah pertandingan Lip Sync dan permainan Heads Up yang saya acarakan dan pantau. Ia aktiviti santai yang tidak membawa apa-apa mudarat.

Lagi satu, pelbagai acara diadakan di lokasi itu, dan saya pernah mengacara di situ untuk tiga acara lain, termasuk satu acara media untuk satu penerbitan bereputasi besar. Tiada alkohol yang dihidangkan juga. Band yang terdiri daripada semua wanita membuat persembahan dan terdapat acara pemberian anugerah.

Ada orang tanya saya, “habis boleh buat ceramah agama ke di situ?” Itu terpulang pada anda, cuma dewan yang lebih besar dan terang patut dipilih untuk acara sedemikian.

Tema acara Belofa ialah neon. Tak banyak tempat yang mempunyai peralatan teknikal yang mencukupi untuk membawakan tema sedemikian.

Daphne juga memilih warna berunsur neon sebagai pakaiannya untuk mengacara malam itu, kerana peralatan teknikal di lokasi itu akan menjadikan pakaian itu nampak menyerlah, sesuai dengan temanya.

Ini tema yang dipilih oleh Neelofa yang juga menjadi unsur dalam poster-poster BeLofa yang mula dimuat naik di media sosialnya sejak seminggu lepas, – beautifulnara.com

February 20th, 2018

Sejak semalam, kecoh di media sosial bekas pengacara rancangan berbentuk majalah 3R telah berkahwin di Australia dengan pasangan sejenisnya. Rafidah dikatakan berkahwin dengan wanita itu di Australia kerana terdapat gambar mereka berdua menunjukkan cincin yang tersarung di jari masing-masing.

Rafidah melalui screenshot perbualan dengan seorang pengguna Twitter bagaimanapun menafikan berkahwin dengan wanita itu dan mendakwanya fitnah.

Rafidah mengatakan dia rileks saja di samping kucingnya tersayang dan mempersilakan kaki gosip membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya, kerana ia tidak pernah berlaku.

Instagram wanita yang dikatakan pasangan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud. – beautifulnara.com

Sumber: Andy Telasai

February 13th, 2018

Hakim terbaik kejayaan sesuatu program ialah penonton. Untuk program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), jumlah penonton tidak pernah menjadi masalah kerana ia program bersejarah yang sudah berpuluh tahun membina tapak di industri hiburan dan siaran.

Namun begitu, AJL tidak sunyi dari kritikan, terutamanya mengenai pemilihan pengacara. Bagaimanapun, gandingan pengacara tahun ini iaitu Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad mendapat pujian ramai penonton, malah ada yang menganggap mereka pengacara terbaik AJL dalam sejarah.

Di Twitter, ramai memberi pendapat bahawa gandingan Aliff Satar ialah gandingan terbaik pernah ditampilkan untuk AJL atas beberapa faktor, antaranya ketiadaan fokus terhadap penaja dan iklan yang ‘mengganggu tumpuan’.


Ada yang mengatakan, momentum penganjuran seperti ini harus dikekalkan untuk memastikan Tv3 dapat terus bersaing dengan stesen televisyen lain dalam penganjuran siaran langsung berunsur hiburan yang berprestij. Tahniah diucapkan buat TV3! – beautifulnara.com

February 2nd, 2016

Rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah membina khalayak pengikut tersendiri setelah bertahun-tahun di siarkan di stesen televisyen tempatan. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pengacara, antaranya Maria Tunku Sabri, Qi Razali, Iqram Dinzly, dan terbaru Nazrudin Habibur Rahman atau Naz.


 photo 11007853_1558713884410425_1817985644_n.jpg

Makan pelbagai hidangan lazat di pelbagai restoran untuk JJCM bagaimanapun ada natijahnya buat Naz. Melalui iSihat, Naz memberitahu bacaan kolesterol darahnya pernah mencapai 7.5 . Selepas mengawal pemakanan ia turun ke bacaan 6.5 dan kini dia sedang berusaha untuk menurunkan lagi bacaannya.

Doktor minta saya agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan selain menjadikan senaman sebagai rutin. Jika dulu juga asal minum mesti nak air manis namun sekarang saya lebihkan air suam. Setiap pagi isteri akan menyediakan oat untuk mengawal paras kolesterol.

Saya mulakan semula latihan senaman dengan slow running. Malahan kalau di rumah juga kami sekeluarga mengamalkan pemakanan kurang garam, kurang gula, tiada lagi makanan segera yang mengandungi MSG serta meminimumkan pengambilan daging.

Saya kini juga mahu lebih relaks dan tidak mahu memikirkan perkara yang saya tidak mampu kawal. Tidak mahu stress dan jujur saya akui mempunyai isteri yang memahami membuatkan separuh dari stres kita hilang. Isteri saya juga dulu produser jadi dia memang faham akan tugasan dalam bidang produksi.


 photo 10954420_1572827726296227_1983623134_n.jpg

Naz yang kini berusia 37 tahun bakal mengendalikan JJCM untuk musim depan juga memberitahu konsep rancangan itu akan ditukar pada gaya pemakanan lebih sihat pada musim depan.

Walaupun berpeluang merasai pelbagai jenis makanan saya hanya mengambil dua makanan terbaik di setiap restoran. Saya mahu program JJCM ini membawa mesej yang baik dan mendidik penonton bukan sahaja enjoy makan namun masih mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan banyak berjalan dan bersenam.


 photo 11008102_1477654735817437_435571230_n.jpg

Program JJCM kini lebih menarik dengan Naz sebagai pengacara. Idea untuk menjadikan konsep pemakanan dalam rancangan tersebut lebih sihat ialah sesuatu yang menarik. Kami pasti ramai yang ingin tahu di mana tempat atau restoran yang sesuai untuk menikmati makanan yang menyihatkan.

Semoga pembaharuan ini akan mendapat sambutan ramai untuk kebaikan bersama.

Assalammualaikum..selamat pagi..syukur ke hadrat ilahi masih berkesempatan melihat dunia pd pagi ini..Moga Allah s.w.t…

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 20 January 2016