July 16th, 2010

maya karin sah bercerai talak satu

Takziah kami ucapkan kepada Maya Karin yang kini sudah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Nampaknya jodoh mereka berdua sampai di sini sahaja. Penceraian Maya Karin ini telah disahkan hari ini (Jumaat, 16 Julai) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Maya Karin dan suami telah hadir berasingan ke mahkamah untuk mengesahkan penceraian mereka berdua. Penceraian Maya Karin berlaku genap selepas sepuluh hari mereka mengesahkan perkahwinan mereka. Dalam satu statement yang dikeluarkan, Maya Karin dan suaminya berharap agar penceraian ini tidak menimbulkan sebarang spekulasi daripada media.

[note]Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam. Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan.[/note]

Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada Maya Karin dan suaminya atas penceraian ini. Semoga ada sinar baru untuk anda berdua di masa hadapan.

June 27th, 2010

maya karin bercerai

Hari Jumaat yang lepas, tup-tup Maya Karin dan suami muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Tak ada khabar tak ada angin, kedua-duanya menjalani prosiding tertutup di dalam kamar hakim selama 2 jam. Persoalannya untuk apa?

Seperti yang semua orang tau, rumah tangga Maya Karin dan suaminya, Steven sekarang ini tengah dilanda taufan. Yang peliknya, desas-desus sebab mereka berdua ke mahkamah bukanlah untuk mendaftarkan penceraian, tetapi untuk mendaftarkan perkahwinan.

Ketika ditanya tentang penceraian, Steven menjawap:-

“No divorce”.

Kami tak tahu sangat pasal bab kahwin nie, tapi boleh ke tak daftar perkahwinan lepas dah kahwin lama macam diorang berdua nie? Untuk pengetahuan, Maya Karin dan suami berkahwin di Itali 2 tahun yang lepas. Ada sesapa boleh bagitau prosuder pendaftaran perkahwinan?

April 15th, 2010

maya karin cerai

Menjadi wanita tercantik Malaysia tidak semestinya bermakna anda bakal menikmati kebahagiaan sepanjang masa. Agaknya itulah yang sedang dirasai oleh Maya Karin sekarang ini. Dengan hubungan antara suaminya agak tidak berapa baik, Maya Karin nampaknya mengambil langkah bijak untuk pergi bercuti menenangkan fikiran. Dari sumber-sumber yang kurang boleh dipercayai, katanya rumah tangga Maya Karin dan suami bak retak menanti belah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Semoga dengan langkah mengambil cuti untuk menenangkan fikirkan ini mampu memberikan Maya Karin ketenangan fikiran dalam membuat keputusan yang tepat. Kalau boleh elakkanlah penceraian. Sudah cukup rasanya cerita-cerita artis kita yang kahwin dan cerai. Sikit-sikit kawin pastue cerai. Macam dah jadi lumrah dunia artis Malaysia pulak.