Written by AbangNara | July 12th, 2009

black juara mentor

Walaupun tak sempat nak layan secara live, kami amik tau jugak keputusan konsert terakhir Mentor musim ke 3 anjuran TV3 nie. Black, protege Mas Idayu seperti yang dijangka ramai telah pun menjulang gelaran Juara Mentor Musim ke 3.

Dari apa yang sempat kami dengar dan tengok, vokal Black nie memang mantap. Jenis rock-rock kapak sikit. Then versatile. Semua jenis lagu dia boleh masuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Black sebab dapat bawak balik RM 100 ribu. Tahniah jugak kepada Mas Idayu sebab dapat protege yang mantap.

Ada cadangan dan ura-ura supaya Black gantikan tempat Lan dalam Meet Uncle Hussain. Apa pendapat anda? Sesuai ke tidak?