August 4th, 2020

Terkilan dengan sikap sombong pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasminya sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021, pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi dedah pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja.

Pereka Fesyen rico rinaldi Sentap Selepas 'Pelakon Wanita' Jual Mahal

Menurutnya, setiap tahun beliau akan mencari wajah untuk koleksi Aidilfitri dan yakin bahawa pelakon tersebut adalah yang paling sesuai, namun ditolak dengan penuh angkuh dan sombong.

“Memang sekarang banyak pereka antarabangsa mengambil dia untuk reviu barangan tetapi tidak pula melantiknya sebagai duta atau wajah rasmi.”

Katanya lagi, pelakon tersebut seakan “acah” tidak kenal siapa yang pernah bekerjasama dengan jenamanya sebelum ini.

Pereka Fesyen rico rinaldi Sentap Selepas 'Pelakon Wanita' Jual Mahal

“Sembang punya sembang dia acah-acah tak kenal siapa muse saya sebelum ini dan dia tolak pelawaan saya dengan menegaskan hanya menerima tawaran daripada jenama antarabangsa sahaja.”

Kesal dengan tindakan itu, Rico menyeru pelakon terbabit supaya tidak mudah rendah-rendahkan jenama tempatan kerana sebelum ini beliau juga dikatakan pernah bekerjasama dengan pereka tempatan. Malah Rico juga tidak menafikan selebriti hebat seperti Neelofa juga masih menyokong produk hasil pereka tanah air.

Pereka Fesyen rico rinaldi Sentap Selepas 'Pelakon Wanita' Jual Mahal

“Artis sehebat Lofa (Neelofa) pun masih sokong jenama tempatan dan tak kekwat,”

Rico menerusi kemaskini akaun media sosial yang sudah dipadamnya lalu menyatakan pelakon itu menolak perlawaannya dengan agak sombong.

Pereka Fesyen rico rinaldi Sentap Selepas 'Pelakon Wanita' Jual Mahal

“’Sorry I tak buat job untuk local designer, I selalu buat oversea.”

Bagaimanapun, Rico kini dikhabarkan sekadar hanya mahu bersangka baik dan menganggap pelakon itu terlalu sibuk untuk berbincang dengannya.

Untuk rekod, Rico sebelum ini pernah berkerjasama dengan beberapa selebriti popular tanah air seperti Neelofa, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Syafiq Kyle dan Mira Filzah.

Sumber: Gempak