September 7th, 2013

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Maimon Mutalib yang telah meninggal dunia hari ini kira-kira jam 2.20 petang. Allahyarhamah meninggal dunia di rumahnya selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
maimon mutalib meninggal duniaSebelum ini, Maimon Mutalib dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kanser payudara. Ketika dikesan pada tahun 2013, kanser payudara tersebut telah pun berada di tahap keempat. Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.

maimon mutalib meninggal dunia

Semoga Allahyarhamah akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita doakan. Al-Fatihah.