January 9th, 2012

Paula Malai Ali, komentator untuk Star Sports F1 rangkaian ESPN berkata kepada DailyChilly yang dia sangat seronok menjadi ibu kepada anak lelakinya yang akan berusia setahun pada 23 Februari ini yang diberi nama Zane. Dia berkongsi pengalaman menguruskan Zane dengan suaminya, seorang penerbit televisyen iaitu Sam dan kembarnya, Jenny Malai Ali.

Menjadi ibu pada usia 37, Paula berkata dia tertanya-tanya apa yang menyebabkan dia mengambil masa lama untuk melakukan ‘tugas yang menakjubkan sebagai ibu seseorang’.

Menurutnya, tugasnya sebagai seorang ibu turut memainkan peranan melembutkan personaliti televisyennya yang agak lantang seperti resolusinya untuk tahun 2012:

Saya ingin lebih sabar dan tidak dipandu oleh ego, dan saya ingin memasak dengan lebih kerap.

Menurut Paula lagi, Zane bagaimana pun tidak berminat dengan F1, walaupun bapanya mahu Zane menjadi seorang pemandu F1 suatu hari nanti.

November 25th, 2010

paula malai ali

Paula Malai Ali yang satu ketika dahulu pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah (Tengku Kudin) pada tahun 2002 kini telah pun disahkan mengandung 6 bulan dengan suami barunya. Tahniah kami ucapkan. Kehadiran bayi lelaki ini adalah hasil perkahwinan kedua Paula Malai Ali dengan lelaki Mat Saleh yang bernama Sam. Sam adalah seorang produser untuk program The Biggest Loser.

Kami doakan kebahagian Paula Malai dengan kehidupan barunya. Sesungguhnya Paula Malai Ali memang salah seorang wanita yang hot di mata kami. Walaupun sudah berumur 36 tahun, masih maintain body bergetah macam anak dara. Semoga semuanya selamat sehingga waktu kelahiran kelak. Khabarnya due date adalah 3 Mac 2011.

Lagi gambar Paula Malai Ali yang kami carik di Internet untuk tatapan anda selepas ini. Kredit info kepada Soleha yang menghantar email kepada kami.

paula malai ali

paula malai ali

paula malai ali

paula malai ali

paula malai ali