August 30th, 2009

Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka.  Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

“Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil.