June 29th, 2012

Marilah sama-sama kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Osman Kering yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3.45 petang tadi. Menurut status Facebook milik anak Allahyarham, jenazah Osman Kering akan dibawa ke Masjid Al Nijihin Sri Permaisuri pada jam 5.30 petang untuk urusan pengemubian.

osman ali meninggal dunia

Osman Kering yang berumur 58 tahun telah dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin ~~

June 11th, 2012

Maaf atas kecelaruan maklumat yang diterima menyatakan Osman Kering sudah meninggal dunia. Semasa di rumahnya, nadi Osman Kering telah tiada namun berjaya diadakan kembali apabila dibawa ke HUKM. Kini keadaan Osman Kering dilaporkan kritikal dan berada di wad ICU.

osman kering kritikal

Sama-sama kita doakan agar keadaan Osman Kering akan bertambah baik dan umurnya dipanjangkan. Sekiranya ada maklumat terkini, Abang Nara akan update secepat mungkin. Doakan yang terbaik.

UPDATE: Zed Zaidi sendiri mengesahkan yang Osman Kering kini berada di dalam kritikal di ICU HUKM dan bukannya sudah meninggal dunia seperti yang diperkatakan ramai orang.

osman kering