Written by Bella | June 9th, 2016

Filem Ombak Rindu yang ditayangkan pada tahun 2011 memberikan impak yang besar kepada penonton sehinggakan ada yang masih mengingati setiap jalan ceritanya sehingga kini dan tidak jemu menonton filem berkenaan sekiranya ia ditayangkan semula di televisyen.

Mendapat kutipan lebih daripada RM10 juta sebelum ini, pengarahnya Osman Ali ada meluahkan hasrat untuk membuat sekuel filem Ombak Rindu.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, pelakon utamanya Maya Karin hanya akan bersetuju untuk membawakan watak Izzah semula jika heronya Aaron Aziz dikekalkan dan mahu skrip yang mantap untuk filem berkenaan.

Paling utama, saya juga akan menimbang sebarang lamaran berlakon filem itu dengan melihat kepada skrip yang mantap, selain pengekalan pelakon sama, terutama bagi watak Hariz (lakonan Aaron). Maknanya, watak Izzah dan Hariz itu harus dijayakan pelakon asal.

Maya tidak terlalu demand dan faham bukan mudah untuk Osman Ali mengolah semula jalan cerita didalam novel untuk ditayangkan di layar perak.

Soal sama ada saya akan menerima tawaran itu atau tidak bergantung kepada bagaimana Abang Osman mencantumkan cerita seterusnya, andai dua novel susulannya disatukan. Bagi menghasilkan karya untuk filem berdurasi 90 minit daripada dua novel, memang tidak semua bahagian dapat dimuatkan.

Filem sekuel ini pastinya takkan menjadi seperti novelnya. Sudah tentu jalan ceritanya akan diubah suai. Begitu juga jika pengarah memilih novel kedua untuk lanjutan filem ini. Ada banyak perkara perlu dititikberatkan kerana hak karakter milik penulisnya dan ia tidak boleh diolah sesuka hati.

Sudah tentu pemminat filem Ombak Rindu mahu Maya dan Aaron tetap menjadi bintang utama didalam sekuel filem berkenaan. Kalau benar projek ini akan jadi, tentu ia sekali lagi boleh dapat kutipan pecah panggung.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | March 13th, 2012

Seorang demi seorang selebriti tanah air kita mendirikan rumah tangganya. Walaupun tiada liputan meluas, pengarah filem Ombak Rindu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya. Tahniah Abang Nara ucapkan.

gambar kahwin osman ali

Daripada info yang diberi, khabarnya orang rumah Osman Ali berasal daripada Sabah . Abang Nara dapatkan rasakan Osman Ali bakal menjadi suami yang romantik. Seromantik filem arahannya. Tahniah.

Update: Menurut seorang pengomen, orang rumah Osman Ali berasal daripada Bintulu, Sarawak.

Written by serenity | February 14th, 2012

Ombak Rindu mendapat kutipan yang baik walaupun reaksi terhadap filem itu dari pengkritik filem bercampur-campur. Tahun ini, Osman Ali bakal muncul lagi dengan sebuah filem terbaru yang menampilkan Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle dan Fizz Fairuz iaitu Jiwa Taiko.
PhotobucketSekali tengok, filem ini seolah-olah ada persamaan dengan film KL Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof, tapi itu sekadar melihat gambar. Filem yang diterbitkan oleh Nuansa Films ini dijadualkan untuk tayangan pertegahan tahun ini, juga menampilkan banyak muka baru.

Mengikut sinopsis, Jiwa Taiko adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan. Apa pun mari kita layan gambar-gambar dari filem ini, kredit gambar Facebook Jiwa Taiko Official.

***

 Love to sing? Want to meet new people? Like to travel to fun places? We are calling for participants for Choir Audition 2012 NOW. Auditions will be held on February 25-26, and March 3-4, 2012 at 23rd Floor, MAS Building, Jalan Sultan Ismail. Registration will begin on Saturday, February 25, at 9:00 a.m until 2:00 p.m. You need to sing one of any songs you like! For further information, please don’t hesitate to contact us at 03 2052 3600 / 3648 / 3702 / 3703 or visit www.jkkn.gov.my. See You There!…:)

 
Written by serenity | October 18th, 2011

Kepada peminat-peminat novel Bicara Hati, Fanpage Rasmi Drama Bicara Hati yang dikendalikan oleh Team Produksi drama tersebut sudah ditubuhkan. Jadi ‘like’ah beramai-ramai untuk mendapatkan perkembangan terkini drama ini yang ditayangkan pertengahan November ini di Astro Prima.

Korang juga boleh melihat dua lagi gambar, termasuk satu gambar Damya Hanna, penulis novel ini dengan Cristina Suzanne dan satu gambar Sharnaaz dan Cristina di lokasi. Kredit foto pada Fanpage Drama Bicara Hati dan Facebook Damya Hanna.