December 29th, 2011

Akhirnya salah seorang finalist Maharaja Lawak Mega, Afdlin Shauki telah pun mengeluarkan pendapatnya tentang kelantangan Chef Wan semasa menjadi juri di dalam program ini. Sila baca betul-betul. Ada kebenarannya juga kata-kata Afdlin ini.

afdlin

afdlin
Apa pun Abang Nara respek Afdlin sebab bersuara sehari sebelum final Maharaja Lawak Mega. Jangan kerana keberanian Afdlin ini dapat markah sikit pulak nanti daripada Chef Wan. Harap-harap Chef Wan dan Afdlin akan menjadi seprofesional yang boleh untuk finale Maharaja Lawak Mega esok.

December 26th, 2011

Seperti yang dijangkakan, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dan kumpulan OSBON, yang menampilkan Mr. Os dan Abon, akan berentap untuk finale rancangan berprofil tinggi (dan berkontroversi), Maharaja Lawak Mega Jumaat ini. Apa yang menarik, melalui Sinar Harian, (tidak menggunakan laman media sosial untuk melancarkan perang …ehem ehem), Mr. Os memberitahu OSBON menjadikan laman media sosial sebagai medan untuk penjanaan idea bagi persembahan lawak mereka saban minggu:-

Siapakah yang akan bergelar juara terlalu subjektif untuk difikirkan. Tiada formula untuk berbuat sesuatu seterusnya meraih kejayaan dengan begitu sahaja.

Malah kumpulan Osbon menggunakan segala pengalaman yang ada. Saya sendiri mengambil pendekatan berinteraksi dengan peminat dunia hiburan dan seni tanah air menerusi laman sosial Facebook selain menjadikan laman Youtube untuk memperlengkapkan homework sebelum melalui saat persembahan pada setiap minggu.

Manakala kumpulan Boboi melalui Afdlin berjanji akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk penonton Jumaat ini:-

Jenama Boboi tidak dilihat pada watak yang lebih menjurus kepada kanak-kanak kerana kami juga ada membawa watak seorang wanita dan sebagainya. Jadi, kami akan terus mempelbagaikan watak-watak kami khususnya menjelang MLM akhir nanti.

Kami berasa amat bersyukur kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir. Kami akan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.

Kami sendiri berbelah bahagi hendak menyokong siapa kerana kami suka kedua-dua kumpulan ini. Tapi seperti yang anda tahu, pada akhirnya hanya akan ada satu pemenang. Siapakah akan menang pada pendapat anda? Undi bermula sekarang:

P/S: Turut mara ke finale, kumpulan Saehu dan Syok.