May 30th, 2019

Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, namun, luka yang berbekas dalam hati Intan belum sembuh sepenuhnya.

Menerusi Insta Story, Intan meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik yang terjalin antara Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar. Namun, setiap apa yang disampaikan itu bukan bermakna beliau ingin kembali bersama Ude, Intan tidak mahu dilabel sebagai wanita gila talak.

Dalam pada itu, Intan mengakui di masih belum dapat memaafkan bekas suaminya itu yang menceraikan dirinya kerana ingin bersama wanita lain.

Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi. Macam bodan cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ini payah sedikit.

Intan dan Ude pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2018.

Dihimpit pelbagai kontroversi, akhirnya Intan dan Ude bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lekaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Murqi.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
May 21st, 2018

Kontroversi hangat disebalik alasan Zul Ariffin putus cinta bersama Zahirah Macwilson sedikit sebanyak mengubah persepsi peminat terhadap aktres wanita itu.

Zul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan beliau tidak kesal berpisah dengan Zahirah yang disifatkan sebagai seorang yang tidak layak dijadikan pasangan hidup apabila dengan bergembira boleh “selfie” di dalam masjid kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya yang meninggal dunia Disember lalu.

Meskipun sangat terkejut dengan kenyataan Zul yang dianggap sebagai satu fitnah kepada dirinya sehingga pernah ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya itu, Zahirah bagaimanapun kini tidak mahu mengingati perkara itu lagi. Beliau sudah “move on” dan memaafkan Zul.

Apa yang sudah lepas, biarkan berlalu. Saya pun sudah move on meskipun pada awalnya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Zul. Malah, saya sendiri hampir ambil tindakan bawa isu tersebut ke tengah dengan berjumpa dengan peguam.

Namun bila difikirkan balik, tidak tergamak untuk menjadikan hal lalu sebagai satu isu. Saya maafkan dia. Its okay, saya pun mahu fokus dengan kerjaya.

Biasalah, dalam hubungan cinta bila semuanya berakhir pasti akan timbul cerita yang tidak sedap didengar, semua keburukan akan keluar. Apa-apa pun baguslah kalau Zahirah enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi dan meneruskan kehidupannya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Advertisement
April 15th, 2018

Penerbit filem dan drama Gayatri Sulin Pillai menafikan dia ialah orang ketiga dalam percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan bekas kekasihnya Zahirah Macwilson.

Menurut wanita itu, adalah sesuatu yang normal untuk dia berhubung dengan Zul walaupun perhubungan mereka telah berakhir atas dasar persahabatan dan urusan pekerjaan.

Gayatri memberitahu Harian Metro:

Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja.

Dia juga tidak terasa hati apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan Zul dan Zahirah:

Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

Biarlah orang nak kata apa-apapun, kami tidak boleh tutup mulut ataupun puaskan hati semua orang.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya putuskan hubungan persahabatan dengan Zul? Dia seorang pelakon yang berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasama dengan dia dan mendorong dia untuk lagi berjaya dalam industri.


Dia bagaimanapun enggan memberi jawapan yang pasti sama ada akan kembali pada Zul memandangkan lelaki itu kini single:

Soalan ini juga ditanya pada Zul yang baru memberi kenyataan dan boleh dipusing lagi seperti Zul akan beralih dengan cepat dan saya rasa ini kurang sesuai. Biarlah dia diberi ruang sedikit untuk fokus kepada kerjayanya daripada fikirkan soal cinta dan saya pun tidak fikir ke arah itu.

Memang betul saya pernah beritahu Zul saya berhasrat mendalami Islam beberapa tahun lalu dan sejak itu saya cuba belajar sikit demi sikit untuk memahami lebih tentang Islam.

Saya bernasib baik sebab ramai disekeliling saya dapat memberi dorongan dan nasihat kepada saya dan saya amat menghargainya.

Untuk makluman anda, Zul masih berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh Gayatri, antaranya filem JRevolusi. – beautifulnara.com

Advertisement
April 15th, 2018

Percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson bukan satu rahsia walaupun keduanya tidak begitu mencanangkan mengenai percintaan mereka. Ada yang mendakwa hubungan mereka pernah putus pada satu ketika, namun kini Zul juga mengakui perhubungan mereka sering putus dan bersambung semula.


Kini keduanya berpatah arang dan menyatakan tidak akan kembali ke pangkuan masing-masing malah Zahirah mengatakan telah move-on dari perhubungan mereka yang berlangsung tiga tahun. Kepada Harian Metro, Zahirah memberitahu:

Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan.

Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okay saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Zahirah enggan mengesahkan sama ada benar percintaan mereka terlerai kerana orang ketiga kerana Zul masih berhubung dengan bekas kekasihnya:

Saya tak boleh nak cakap dan buka cerita mengenai perkara ini. Kalau ada yang beranggapan sebegitu, ia terpulang kepada persepsi masing-masing.

Namun, kalau ya pun dia kembali kepada bekas kekasihnya, janganlah burukkan saya. Saya sedar diri.

Dan tidak ada jalan kembali buat pasangan ini:

Tak mungkin saya kembali menerimanya. Saya masih muda dan perjalanan jauh lagi dalam bidang ini. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu perjalanan hidup.

Saya sudah ‘move on.’ Malah putus cinta tidak buat saya lemah dan patah semangat. Saya pernah tengok kedua ibu bapa bercerai, inikan pula putus cinta.

Dia masih mengekalkan kenyataan bahawa tuduhan dia berselfie berhampiran jenazah ibu Zul ialah satu fitnah:

Mengenai isu saya selfie di masjid ketika ibunya meninggal dunia tahun lalu, memang tidak wujud langsung. Saya masih waras untuk lakukan perkara berkenaan.

Saya tidak faham kenapa dia nak bangkitkan perkara ini apabila kami putus. Malah, kenapa baru sekarang dia nak mengakui hubungan kami sedangkan sebelumnya dia terlalu berahsia daripada umum.

Adakah sebab nama saya tengah diperkatakan dia buat semua ini? Namun, saya tidak mahu fikir bukan-bukan apa sebenarnya motif dia. Saya hormat dia sebagai pelakon senior dan tidak akan bersaing dengan dia.

Zul berusia 31 tahun manakala Zahirah pula baru mencecah usia 23 tahun. Sebelum ini keduanya dianggap pasangan sama cantik sama padan namun begitu tidak banyak yang dikongsikan mengenai perhubungan mereka dengan peminat. Apa pun, doakan yang terbaik buat mereka berdua. – beautifulnara.com

Advertisement